Kenali Tanda - Tanda Amaran Tidak Baik Oleh Tubuh Yang Perlu Diberi Perhatian Segera


Tubuh yang normal biasanya cergas dan sihat serta  tidak  mempunyai masalah untuk melakukan aktiviti biasa. Namun jika kita merasakan sesuatu yang tidak menjadi kebiasaan seperti mudah penat, ia mungkin menunjukkan bahawa badan kia memerlukan rehat atau kekurangan tenaga. Atau sekiranya kita gemar mengambil makanan manis, ia adalah petanda kita kekurangan makanan berzat.

Tidak menghairankan sangat jika ianya adalah cuma berpunca dari perkara yang kita boleh atasi. Apa yang membimbangkan adalah jika tubuh sebenarnya membeeri amaran tentang satu keadaan yang bakal membahayakan kita. Contohnya kanser atau barah.

Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk mengenali dan cakna pada tanda-tanda amaran awal yang kita rasa bukan perkara biasa kita hadapi.

Ia termasuklah;
  1. Perubahan dalam tabiat usus dan pundi
  2. Luka yang tidak sembuh
  3. Pendarahan atau cairan luar biasa
  4. Penebalan atau benjolan pada payudara atau bahagian lain tubuh
  5. Kesukaran untuk menelan atau menghadam
  6. Perubahan pada atau dalam tahi lalat serta ketuat
  7. batuk atau suara serak yang teruk
Jika ada, apa yang perlu anda lakukan adalah terus berjumpa dengan doktor dan jangan sesekali bertangguh kerana jika benar ianya adalah sel barah  dan dapat dikesan pada peringkat awal ketika ia belum merebak pada bahagian tubuh lain, ia masih berpeluang untuk dirawat.



FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...