Blog Archive

August 13, 2015

Rahsia Memasak Dengan Pantas Untuk Jimatkan Masa


Selalu terkejar-kejar nak siapkan kerja di rumah sampai semua benda jadi kucar-kacir dan tak memuaskan? Jadual seharian dari pagi sampai malam semuanya nak kena buat sendiri dan kadangkala sampai drag hingga ke tengah malam dengan kerja yang tak sudah-sudah.

Penat? Mestilah penatkan.

Tak masuk bab masak lagi tu. Nak fikir resipi, keluarkan lauk, potong bawang, pilih lauk dan lain-lain.
Jom cuba rahsia saya masak dengan pantas. lepas masak, banyak lagi masa untuk buat kerja lain.

1- Rancang terlebih dahulu
Sediakan bahan masakan awal-awal lagi. Contohnya jika kita nak masak sup ayam, keluarkan ayam dari tempat beku lebih awal. Bila dah sampai waktu masak, ayam dah cair dan sedang elok untuk direneh.

2- Melabelkan tarikh makanan
Sediakan pita pelekat dan pen di dapur untuk melabel tarikh bagi lebihan makanan dan makanan dingin beku. Ini mempercepatkan proses kita memilih bahan mana harus diguna terlebih dahulu. Ia juga untuk mengelakkan pembaziran. 

3- Bahagikan megikut keperluan


Kisar bahan tumisan dan simpan di dalam peti sejuk untuk digunakan bila perlu. Begitu juga dengan pes untuk memasak lauk-pauk. Untuk lauk, bahagikan daging, ayam atau ikan mengikut keperluan memasak sebelum diletakkan di tempat sejuk beku. Sediakan untuk kegunaan seminggu bagi memastikan kesegaran bahan masakan. Jika terlalu banyak, risau kot-kot dah tak segar, lain pulak jadinya.

4- Pilih cara mudah

Jika ada pek ringkas yang boleh membantu kita memasak dengan lebih cepat, sekali-sekala cubalah. Contohnya  pes percik , pes rendang, rempah kari yang telah siap dikisar, pes nasi tomato dan sebagainya. Maksud saya di sini, cuba guna bahan instant yang terdapat di pasaran tetapi masih mengekalkan ciri-ciri keaslian dan tidak terlalu terdedah dengan MSG. Tak perlulah nak kisar dan menumbuk sendiri semua benda-benda tumisan jika yang dah siap dikisar boleh kita perolehi dengan mudah.

5- Ringkaskan pembersihan
Kupas bawang dah terus letakkan di atas surat khabar lama untuk jimatkan masa mengemas. Ruang kerja yang tersusun dan terurus mewujudkan suasana yang lebih kemas dan teratur.

6- Kemaskini buku resipi

Susun resipi mengikut kategori seperti masakan sup, goreng, masakan laut, ikan atau sayur-sayuran.

Selamat mencuba.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi

♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...