Blog Archive

July 22, 2015

5 Jenis Mandian Untuk Merawat & Membelai Tubuh Bakal Pengantin

Salam Syawal buat semua. Dah raya kelima ni, ada yang rayanya makin rancak menziarahi saudara mara beramai-ramai. Tapi ada juga yang mengambil peluang untuk mendirikan masjid sempena bulan mulia ni.. Alang-alang semua kerabat keluarga ada di kampung, rewang bersama-sama..Ye dok? Bestnya bila dapat berkumpul beramai-ramai.

Persediaan bakal pengantin macam mana? Jangan sebab sibuk nak beraya sampai lupa memanjakan diri. Nak berseri-seri gitu kan.

Kalau sebelum ni memang dah amalkan Vitamin C Shaklee dan ESP  untuk kulit halus mulus, tibalah masa untuk membelai tubuh pulak.


Mandi bukan hanya siram air kat badan je ye tetapi mandian juga mampu menyerlahkan kecantikan dan buat badan kita rasa segar dengan cara tersendiri.

Terdapat pelbagai jenis mandian yang boleh anda lakukan sama ada di spa ataupun di rumah untuk menaikkan seri wajah, merawat dan mencantikkan kulit.

1- Mandi Wap
2- Mandi Susu
3- Mandi Bunga
4- Mandi Rempah
5- Mandi Garam Gunung


Mandi Wap

Ia juga dikenali sebagai sauna dan ia memang bukan benda baru sebab memang dah lama diamalkan ole masyarakat Rom, Mediterranean, Rusia dan India. Tapi tau tak yang sauna ni mampu mengurangkan berat badan dan pembakaran lemak dari luar. Jadi, anda akan dapat tubuh yang lansing. Cuba amalkan mandi wap ni selama 15 minit kerana dipercayai dengan tempoh tersebut mampu membakar kalori dari 400 hingga 600 kalori tubuh. Antara kebaikannya adalah:
  • Kulit wajah semakin halus begitu juga keseluruhan tubuh.
  • Herba yang digunakan membantu tubuh kita jadi harum
  • Kesan panas menghilangkan rasa sengal, bisa dan kebas.
  • Membaiki peredaran darah dalam tubuh untuk membolehkan badan melakukan proses menggantikan sel-sel kulit mati dengan baik.
  • Membuka liang roma dan membuang toksin kulit supaya kulit lebih sihat.
  • Melebatkan rambut
  • Menghilangkan kelemumur pada rambut
  • Baik untuk merawat resdung, bronkitis, alahan dan asma

Mandi Susu

Susu mengandungi kalsium dan protein serta kaya dengan vitamin A, asid amino perlu dan asid beta-hidriksi yang berfungsi sebagai pelembap semula jadi kulit yang mampu membunag sel-sel kulit mati, menghaluskan dan melembutkan kulit sehingga nampak halus serta 'glowing'.
Asid lactate pula bantu bersihkan, melembutkan dan meransang balik pembentukan sel-sel kulit dan dalam masa yang sama membersihkan kulit ke lapisan paling dalam.

Bagi bakal pengantin, anada cuma ambil 2-3 cawan susu suam dan campurkan ke dalam air suam. Lepas tu berendam dalam air tersebut. nak best lagi titiskan beberapa titik minyak aromaterapi ke dalam air mandian.
Tempoh berendam cukup sekadar 10-15 minit bagi setiap sesi. Kalau tak bole buat setiap hari, cuba gunakan sabun yang mengandungi susu. Paling penting, kulit dibilas sampai betul-betul bersih.


Mandi Bunga

Bila sebut mandi bunga ada yang kaitkan dengan jodoh kan. Hehe. Takpe, yang penting ikhtiar kerana mandi bunga ni memiliki khasiat luar biasa terhadap kecantikan tubuh badan kita terutama wanita.
Syaratnya guna 7 jenis bunga pelbagai warna seperti
  • mawar
  • kenanga
  • kemboja
  • melur
  • kesidang (yang mempunyai tenaga positf)
  • yang ni tambah sendiri..hehe
  • yang ni pun kena tambah sendiri
Tujuannya untuk memancarkan aura dan menaikkan seri wajah pengantin. Wajah ceria apabila bebas stress. Ada juga yang tambah campuran hirisan limau dan daun pandan untuk segarkan dan harumkan tubuh.

Petua mandi bunga harus dimulakan dari kepala bagi membunag segala tekanan. Gosok badan dengan kelopak-kelopak bunga tadi secara perlahan-lahan untuk

  • hilangkan kotoran
  • rawat kulit bersisik
  • cerahkan kulit
Jangan bilas air yang bersisa untuk kekalkan haruman bunga tu. Lepas mandi pun tak boleh lap supaya air bunga boleh meresap sepenuhnya ke dalam tubuh.


Mandi Rempah

Amalan mandi rempah ni bukan je untuk jaga kesihatan kulit supaya tak berjerawat dan menghaluskannya tapi juga nak atasi insomnia dan lancarkan peredaran darah.
Manfaat lain:
  • Merawat senggugut
  • Keputihan
  • Kemaluan berair
  • Buang angin dalam badan
  • Bersihkan vagina
  • Memberi tenaga
  • Baiki kekenduran otot
Mandi rempah ni juga diamalkan oleh ibu selepas bersalin. Bahannya adalah daun bonglai,daun serai wangi, daun jerangau, daun pandan dan mengkudu.Ada kalanya rempah ni akan dicampur bersama temulawak, halia dan kunyit untuk kesan lebih efektif.

Untuk kesegaran fikiran, tambahkan chamomile.

Mandi Garam Gunung

Sifat garam yang boleh ditukar kepada bentuk debu dan kepingan kecil berperanan mengimbangi asid dan gas yang terdapat dalam tubuh wanita penyebab gangguan tulang,otot dan saraf terganggu sekaligus punca kebas, bisa-bisa badan, lenguh dan sengal.

Mandi garam ni berfungsi untuk
  • kembalikan tenaga
  • atasi kulit kering
  • imbangi pH dalam badan
  • merangsang penghasilan vitamin yang baik untuk luaran tubuh
  • memutih dan membersihkan kulit

Scrub garam juga boleh digunakan untuk
  • menghilangkan daki
  • membakar lemak
  • mewangikan tubuh
  • mengubati penyakit kulit seperti ruam, gatal-gatal dan kurap



FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

1 comment:

  1. Bestnya kalau dapat manjakan diri di SPA

    ReplyDelete

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...