Blog Archive

August 3, 2018

6 Vitamin Penting Diperlukan Oleh Ibu Hamil

Ingat lagi tak bagaimana perasaan bila pasangan kita dan pasangan dapat lihat jalur kedua pada alat ujian kehamilan? Gembira dan teruja kan bila tahu diri sedang hamil. Mula berhati-hati sama ada dari segi pemakanan dan juga aktiviti fizikal.

Sayangnya pada bakal zuriat yang akan dilahirkan.

Kerana sayanglah kita kena perhatikan apa yang kita makan ketika hamil. Cukup tak nutrisi yang ibu dan bayi perlukan?

Jadi, ibu kenalah ambil tahu apa yang diperlukan sebebarnya.

Vitamin-vitamin dan nutrien penting untuk ibu hamil:

1. Zat Besi

Wanita yang sedang berbadan dua akan mengepam lebih banyak darah ke seluruh badan. Pada waktu tersebut kandungan darah ibu hamil lebih 50% dari biasa. Jadi, zat besi sangat penting dalam menghasilkan sel darah merah. Sel  darah merah yang tidak mencukupi boleh menyebabkan anemia dan berbahaya kepada kandungan serta  ibu sendiri.


2. B Complex

Ketika hamil, seorang wanita memerlukan 7 nutrien dalam B Complex, terutama Asid Folik bagi tumbesaran bayi yang sempurna. B Complex sangat penting untuk pemeliharaan sel darah merah dan juga sistem saraf. Ia juga membantu ibu bertenaga.


3. Vitamin C

Selain meningkatkan sistem pertahanan tubuh, Vitamin C juga diperlukan untuk  membantu penyerapan zat besi dengan lebih berkesan. 


4. Minyak Ikan

Mengamalkan minyak ikan semasa hamil bagus untuk kesihatan otak. Bukan hanya ibu yang menikmati kebaikannya malah bayi dalam kandungan memperolehinya. Ia juga merupakan asid lemak perlu yang sangat penting untuk tindakbalas hormon dalam badan.


5. Kalsium

Bayi akan menyerap kalsium dari tubuh ibu. Sekiranya ibu tidak mendapatkan kalsium yang mencukupi, ia boleh menyebabkan masalah pada tulang dan otot. Ini menyebabkan ibu berisiko untuk mengalami sakit-sakit tulang dan kekejangan otot. Gigi juga mudah reput.


6. Protein

Protein sangat penting untuk manusia kerana ia umpama blok binaan bagi sel-sel badan kita. Protein yang sihat membina sel badan yang sihat serta otot yang sihat. Otot yang sihat mengelakkan pengumpulan lemak dalam badan. 

Pengambilan protein yang berkualiti membantu bayi dalam kandungan untuk berkembang dengan sihat.

Semua keperluan tersebut boleh didapati dalam Set Kehamilan Shaklee seperti dibawah.

Harga runcit RM608.75

Kalau nak tahu, anda boleh mendapat diskaun yang sangat menjimatkan sekiranya anda mendaftar sebagai ahli dengan pembelian set ini.

Bukan tu je malah akan dapat cashback juga nanti.


Untuk dapatkannya, hubungi 0139218084 segera ya.

Luvs, Attiey M. Napi

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...