Blog Archive

June 3, 2015

Masalah Bahu Kaku, Sakit Bahu dan Frozen Shoulder. Apa nak buat?

Pernahkah anda mendengar tentang ‘bahu beku’ atau dikenali sebagai frozen shoulder?. Bahu beku merupakan satu keadaan di mana bahu tidak dapat digerakkan secara aktif baik oleh pesakit itu sendiri mahupun dengan bantuan orang lain atau doktor yang merawatnya.


Bahu beku terjadi apabila tisu-tisu yang mengelilingi sendi bahu menjadi radang atau inflamasi. Kapsul bahu akan menebal, membengkak, dan mengetat disebabkan oleh gumpalan tisu-tisu parut yang membentuk di dalam kapsul. Bahu beku terjadi apabila kapsul sendi bahu menjadi kurang anjal atau tebal disebabkan oleh proses inflamasi yang berlaku di dalam sendi bahu glenohumeral Hal ini akan menyebabkan pergerakan sendi bahu menjadi terhad dalam semua arah.

Cr. ADAM
Frozen Shoulder


Penyakit ini biasanya terjadi tanpa sebab yang jelas. Selain itu, penghidap kencing manis juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini, disebabkan lebihan gula atau glukos yang akan melekat pada sel-sel dan merosakkan tisu-tisu konektif. Mereka yang baru menjalani pembedahan jantung juga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini.

Simptom-Simptom Frozen Shoulder

  1. Pesakit biasanya akan mengadu di dalam bahu terasa berdenyut- denyut terutama pada waktu malam ataupun pada cuaca yang sejuk. 
  2. Selain itu,pesakit akan mengadu kesukaran untuk melakukan aktiviti-aktiviti mengangkat tangan melepasi kepala dan membawa tangan ke belakang seperti menyisir rambut, menyarungkan kot, dan menyeluk poket. 
  3. Pesakit juga berasa lenguh pada bahagian bahu, pangkal tengkuk, kebas-kebas lengan dan tangan serta tidak kuat untuk memegang barang, yang mungkin terlepas, seperti gelas.

Secara umumnya, bahu beku terbahagi kepada tiga peringkat:

  1. Peringkat menyakitkan: Bahu akan terasa kaku dan kesakitan mengiringi setiap pergerakan bahu. Ia kemudiannya menjadi bertambah sakit dan lebih teruk pada waktu malam. Keadaan ini boleh berlarutan di antara kira-kira tiga hingga lapan bulan.
  2. Peringkat perekat: Sakit mungkin berkurangan tetapi bahu menjadi lebih kaku manakala pergerakan bahu semakin berkurangan (empat hingga enam bulan). Elakkan pergerakan melampau yang boleh mencetuskan kesakitan. Bagaimanapun, pesakit boleh terus menggunakan bahunya seperti biasa.
  3. Peringkat pemulihan: Keadaan menjadi bertambah baik dan tidak begitu menyakitkan (satu hingga tiga bulan). Pada mulanya, amat sukar untuk menggerakkan bahu walau sedikit namun selepas seketika, kekakuan beransur hilang. Pesakit sudah boleh menggerakkan bahunya semula.


Doctor Management


Kebiasaanya, doktor akan memberi ubat penahan sakit hanya untuk mengurangkan sakit tetapi tidak membantu meningkatkan pergerakan sendi.


“Suntikan steroid dan lokal anestetik ke dalam sendi bahu glenohumeral dapat meredakan inflamasi, seterusnya mengurangkan sakit dan penderita dapat menjalankan rawatan fisioterapi intensif untuk menambah pergerakan bahu.



 

Rawatan Fisioterapi

Perlu dimulakan dari peringkat awal untuk memecahkan tisu-tisu yang melekat di sendi bahu. pakar fisioterapi akan memberi rawatan panas atau sejuk bergantung pada keadaan pesakit. Selain itu, fisioterapi akan mengajar senaman- senaman regangan untuk memanjangkan otot-otot yang telah menjadi pendek akibat tidak digunakan kerana kesakitan.dengan rawatan fisioterapi ini anda akan melgakan dan memudahkn lagi aktiviti harian anda..


Senaman pendulum juga adalah salah satu senaman yang boleh membantu pesakit untuk mengembalikan semula pergerakan bahu yang terhad dengan menggunakan berat semulajadi tangan.







Kinesiology Tape juga dapat membantu melegakan kesakitan anda.


Maklumat ini dirujuk dari:

K.R.U. SPORT INJURY AND PHYSIOTHERAPY CENTRE



Namun begitu, bagi saya suka untuk mencadangkan kepada anda
  • Ostematrix
  • Collagen Powder
  • Vivix
  • Omega Guard

Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey


*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

1 comment:

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...