Blog Archive

August 1, 2018

Amalkan Tips Ini Jika Sembelit Ketika Hamil

Berita tentang kehamilan selalunya menggembirakan semua pasangan. Yang lebih teruja pastinya si ibu kerana bakal merasa setiap detik perkembangan bayi dalam kandungan. Sebenarnya bukan sahaja perkembangan bayi yang ibu akan alami tetapi juga perubahan terhadap tubuh badan ibu sendiri.


Antara yang paling mendapat perhatian adalah tentang masalah sembelit yang rata-ratanya dialami pada trimester kedua dan ketiga. Tak kurang juga yang menghadapinya sejak dari trimester pertama.

Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah ini.

1. Banyakkan  Pengambilan Makanan Berserat

Wanita yang sedang hamil mengalami sembelit sebahagiannya kerana rembesan hormon yang membuatkan sistem pencernaan lebih relaks. Jadi disarankan supaya melebihkan pengambilan serat dan bijirin penuh dalam makanan yang kita ambil (high-fibre).
Jangan lupakan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ambil dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Dengan cara ini, perut akan lebih selesa dan dapat mengurangkan sembelit.

2. Banyakkan minum air

Ketika tidak hamil, kita juga disarankan minum air secukupnya. Apatah lagi sewaktu mengandung. Pengambilan air yang mencukupi sangat penting untuk badan yang sihat dan sistem pencernaan dapat berfungsi lebih lancar.

3. Lakukan senaman yang sesuai

Hamil bukan menjadi penghalang untuk kita kekal aktif. Bahkan ada senaman tertentu yang khusus untuk wanita mengandung. Apabila badan lebih aktif, pergerakan usus untuk menghadam makanan lebih berkesan dan sembelit juga akan berkurang. Bukan tu je, angin juga lebih mudah keluar. opss...hihi.
 
5. Amalkan bakteria baik untuk usus

Bakteria baik bagus untuk mendapatkan sistem penghadaman yang sihat. Ibu hamil Dapatkan boleh mencuba pengambilan yogurt kerana ia mempunyai bakteria probiotik yang dapat mempercepat penghadaman makanan.
Cuma nasihat saya, pilihlah plain yogurt untuk mengelakkan pengambilan gula berlebihan.

6. Amalkan Pemakanan Sihat

Pemakanan sihat adalah pemakan dengan diet yang seimbang dan jauhi makanan yang tidak berkhasiat. Ingat, apa yang kita makan semasa hamil sangat penting untuk kesihatan kita dan bayi.

Jika ibu hamil tidak alah dengan oat dan bijirin penuh, boleh amalkannya untuk menggantikan karbohidrat yang diproses seperti nasi putih dan pasta.

Jangan lupa kurangkan pengambilan makanan berminyak dan  minum air secukupnya untuk mengelakkan sembelit.

7. Ambil makanan tambahan.

Yang ni suka untuk saya kongsi. Selepas saya mengamalkan Ostematrix setiap malam, pagi esoknya pasti lawas.
Ostematrix yang ramai sebut sebagai vitamin kalsium ni sebenarnya juga mengandungi magnesium yang membantu melegakan otot  dalam usus dan hasilnya pergerakan lebih lancar di 'dalam sana.'
Magnesium ini juga membantu menyerap air ke dalam kolon dan melembutkan najis.

Selamat mengamalkan kaedah ini ye. Andainya anda nak dapatkan Ostematrix yang saya ceritakan tadi, hubungi 0139218084.






2 comments:

  1. Harrah's Casino Pittsburgh - DrmCD
    Harrah's Hotel & Casino 대구광역 출장샵 Pittsburgh. 777 Harrahs Blvd, 제주 출장안마 Suite 목포 출장안마 206, Suite 거제 출장안마 211. Pittsburgh, PA, 창원 출장마사지 716. Directions. Website. https://www.harrahssocal.com/.

    ReplyDelete

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...