Blog Archive

December 14, 2018

Emosi Tak Stabil Beri Kesan Tak Baik Pada Bayi Dalam Kandungan

Semasa mengandung, banyak perubahan berlaku pada seorang wanita. Ia termasuk perubahan yang melibatkan hormon, bentuk badan, emosi, mental dan fisiologi organ badan.



Perubahan yang berlaku ini memang mempengaruhi keadaan kesihatan kerana ia akan menyebabkan organ seperti jantung, ginjal, paru-paru, sistem darah dan sel darah bekerja dengan lebih banyak dari biasa.

Antara penyakit yang sering dialami oleh ibu mengandung adalah mental stress, alahan dan alergi, sakit jantung , masalah penghadaman, sembelit dan gerd.

Tak kurang juga yang berdepan dengan kencing manis gestational dan masalah jangkitan kulat.

Sekiranya tak ditangani dengan betul, ia boleh menyebabkan emosi ibu terganggu dan mudah tertekan. Ia juga akan memberi kesan negatif terhadap bayi di mana mudah terkena penyakit eczema sebagai contohnya.

Persatuan Psikologi Amerika Syarikat menyatakan bahawa emosi marah oleh ibu yang sedang hamil memberi kesan pada tekanan darah dan degupan jantungnya. Hormon adrenalin dan epinefrin yang dibebaskan menghasilakn tekanan dan menjejaskan bekalan oksigen kepada rahim. Sudah tentunya berbahaya kepada janin dalam kandungan.

Selalu juga kita dengar dan biasa dipaparkan di televisyen di mana ibu hamil terpaksa melahirkan sebelum usia bayi mencapai 40 minggu dimana dikenali sebagai kelahiran pra matang, kesan dari keadaan yang amat tertekan dalm tempoh yang lama.

Jadi, jangan biarkan emosi yang tak stabil menguasai diri si ibu terlalu kerap dan terlalu lama sepanjang kehamilan. Bincang dengan suami untuk sama-sama mengharungi fasa kehamilan dalam keadaan yang lebih tenang, sekiranya boleh.


Luvs, Attiey M. Napi

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...