Pernah alami jangkitan pada bahagian faraj ketika hamil? Keputihan disebabkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan semua orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman dan boleh dikatakan bahawa bakteria di dalam badan kita yang mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan.
Namun ia akan mula menjadi satu masalah apabila berlaku ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dengan mikro organisma lain dalam badan.
Sekiranya faraj mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen semasa hamil, ibu mungkin akan mengalami masalah keputihan ini kerana glikogen tersebut menggalakkan pertumbuhan kulat.
Sebagai langkah mengurangkan masalah keputihan yang telah berlaku, wanita hamil perlu mengelakkan dari memakai pakaian yang ketat atau yang dihasilkan daripada bahan sintetik. Contohnya seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Fabrik begini panas dan menghalang peredaran udara yang menggalakkan pertumbuhan keputihan.
Mengurangkan pengambilan sayur kobis juga berkesan pada sesetengah wanita di mana cara ini juga dapat mengurangkan masalah keputihan yang sedang dialami.
Pengambilan minyak yang baik untuk fungsi anti-radang seperti Omega, Olive oil dan Virgin coconut oil juga disarankan.
Kalau nak pilih Omega, cubalah dari sumber minyak ikan yang melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yang mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan paling semula jadi. Dalam masa sama ia menyingkirkan bahan logam berbahaya seperti merkuri, plumbum, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB(polychlorinated biphenyl).
Luvs, Attiey M. Napi
No comments:
Post a Comment