Blog Archive

August 10, 2015

Langkah Awal Yang Ibu Bapa Boleh Lakukan Sendiri Jika Anak Tercekik


Bila kita mempunyai anak kecil, kita seharusnya perlu lebih berwaspada dan menjadi lebih berhati-hati dengan keadaan persekitaran. Tahap pengawasan akan menjadi lebih tinggi apabila anak mula pandai berjalan atau mengutip apa jua benda yang dijumpai dan di masukkan ke dalam mulut.

Biarlah apa yang orang nak kata sama ada kita ibu bapa yang terlalu menjaga anak, kita ni terlalu protective, terlalu cermat dan sebagainya. Asalkan kita tahu pro dan contra-nya kita berbuat demikian, kita tak perlu ambik pot dengan pendapat orang lain.

Semalam, anak saya yang sedang belajar untuk makan sendiri dengan curious-nya telah mengambil segenggam biskut kecil dan dimasukkan ke dalam mulut. Oleh kerana anak saya ini baru belajar makan sendiri, jadi mungkin dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja makanan yang masuk itu dalam kuantiti yang "beberapa". Maksudnya 4-5 biskut kecil. Apa yang saya nampak, anak saya dalam keadaan nak muntah dan saya terus melakukan beberapa langkah penting.

Apa yang penting adalah JANGAN PANIK!

Alhamdulillah saya masih bertindak dengan cepat dan pantas dan kebetulan keadaan dalam pemantauan.

Pertama sekali, dalam keadaan hampir meniarap, dadanya disokong dengan lengan saya dan saya tepuk bahagian di antara tulang belikat anak saya beberaapa kali. Kemudian, saya cuba masukkan jari dan kais makanan dari mulutnya supaya tidak ditelan kembali.

Anak saya nampak agak terkejut dan dalam masa yang sama saya perhatikan nafasnya dan fizikal mukanya sama ada ada perubahan atau tidak. Oleh sebab anak saya sudah mula menangis seperti biasa saya menggosok belakangnya dalam keadaan duduk di atas riba saya.

Saya bersyukur apabila anak saya nampak agak tenang selepas tu dan bersyukur juga kerana pernah mengetahui langkah-langkah untuk menangani situasi seperti itu.


Jika anda berhadapan dengan situasi anak tercekik, lakukan perkara berikut.

  1. Duduk atau berlutut di atas satu lutut dan tiarapkan anak anda di atas lutut anda, dalam keadaan kepalanya tergantung ke bawah. Sokong dadanya dengan sebelah tangan dan tepuk  bahagian di antara tulang belikatnya beberapa kali.

  2. Jika ini gagal mengeluarkan halangan, masukkan jari anda ke dalam mulut anak anda dan cuba kais benda itu dari belakang kerongkongnya. Berhati-hati supaya anda tidak tertolak apa-apa lebih jauh lagi ke dalam kerongkongnya.

  3. Jika dia masih tersedak, dudukkannya di atas riba anda dalam keadaan menghadap ke hadapan. Sokong belakangnya dengan sebelah tangan dan genggam tangan anda yang sebelah lagi dalam keadaan ibu jarinya ke dalam, pada bahagian tengah di antara pusatnya dengan bentuk V di bawah tulang rusuknya. Tekan dengan kuat ke dalam dan ke atas hingga sebanyak empat kali.

  4. Jika anak anda tidak mula bernafas seperti biasa setelah halangan dikeluarkan, lakukan bantuan pernafasan.
 Awasi setiap alatan permainan yang terdapat di rumah kita yang memungkinkan untuk berlakunya masalah tercekik. Selain itu, elakkan dahulu makanan yang agak keras kepada anak kita sehingga dia benar-benar mahir mengunyah dengan baik.

Saya pasti saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan benar kata orang-orang tua. Biar anak yang menangis kerana tak dapat sesuatu yang bahaya daripada kita yang menangis kerana sesuatu yang berlaku kepada mereka.

Semoga selamat semuanya

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

1 comment:

  1. bagus info...sudah byk kes2 seperti ini berlaku di malaysia

    ReplyDelete

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...