Bila sebut osteoporosis, ramai yang mengaitkannya dengan golongan wanita. Tahu tak mengapa?
Osteoporosis merupakan penyakit tulang reput yang berisiko besar mengakibatkan patah tulang. Ini adalah kerana tulang tersebut telah hilang ketumpatannya dan kurang kualiti dari segi kalsium atau yang dikatakan kurang “bone mass density “(BMD). BMD biasanya paling maksima pada umur 30an dan berkurangan dengan bertambahnya umur terutama selepas putus haid (menopos).
Patah tulang boleh berlaku di mana-mana bahagian tulang kita tetapi kebiasaannya berlaku pada tulang belakang, pinggul dan pergelangan tangan. Patah tulang biasanya memerlukan pembedahan, kena berada di hospital dalam tempoh yang panjang , serta boleh mengakibatkan kecacatan yang kekal, kesakitan yang teruk, terlantar di katil dengan agak lama dan kemungkinan kematian.
Di Malaysia, sekurang-kurangnya 1 dalam 3 orang rakyat berisiko tinggi mendapat osteoporosis. Juga didapati bahawa sekurang-kurangnya separuh atau 50% daripada wanita berumur 50 tahun ke atas mengalami patah tulang disebabkan osteoporosis di mana kaum Cina yang paling tinggi diikuti kaum Melayu dan India.
Jadi, kita perlu tahu apa faktor-faktor penyebab dan bagaimana nak elakkan diri kita dari mendapat penyakit ini.
Klasifikasi Osteoporosis
Terdapat 2 jenis iaitu Primer (Primary) dan Sekunder (Secondary) :
1. Osteoporosis Primer
Antara sebab-sebabnya ialah:-
1.Selepas menopos atau putus haid – kurang estrogen sebabkan BMD rendah
2. Berkaitan dengan umur – umur yang meningkat, semakin tinggi risiko dapat osteoporosis
3.Tidak diketahui- jarang berlaku
2. Osteoporosis Sekunder
Antara penyebabnya ialah:-
1.Penyakit endocrine seperti Cushing’s Syndrome, hypogonadism, thyrotoxicosis dan hyperparathyroidism.
2.Ubat-ubatan seperti Glucocorticoids atau steroids ( 5 mg sehari untuk lebih dari 3 bulan), Heparin yang digunakan untuk waktu lama dan ubat sawan seperti Phenytoin
3.Penyakit-penyakit kronik seperti kerosakan ginjal atau buah pinggang, penyakit hati seperti liver cirrhosis, penyakit malabsorption iaitu selepas pembedahan buang perut dan penyakit sendi kronik spt Rheumatoid arthritis
4.Lain-lain seperti nutritional iaitu kurang pengambilan zat kalsium dan juga penyakit barah.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO (RISK FACTORS)
Faktor-faktor berikut di bawah boleh menyumbang kepada osteoporosis iaitu:-
Faktor-faktor Non-modifiable / yang tidak boleh diubah
- Umur yang meningkat
- Kumpulan ethnik- orang berketurunan Cina dan “orang putih”
- Menopos sebelum masanya iaitu umur kurang dari 45 tahun termasuk menopos disebabkan pembedahan rahim dan ovary
- Saiz badan yang sediakala kecil
- Keturunan- Sejarah ahli keluarga spt ibu, ayah dan adik beradik yang pernah mengalami osteoporosis
Faktor-faktor modifiable/ yang boleh diubah
- Pengambilan kalsium dan Vit D yang rendah- masyarakat di Malaysia kurang minum susu
- Tahap aktiviti – kurang senaman boleh reputkan tulang
- Merokok berlebihan
- Mengambil minuman berakohol
- Mengambil caffeine berlebihan
- BMI yang rendah iaitu kurang dari 19 kg/m2 ( BMI= Berat (kg) / tinggi(m) x tinggi (m)
- Kekurangan hormone estrogen
- Makanan yang terlalu asidik – darah perlu pada ph neutral, maka, hormone parathyroid akan rangsang osteoclast ambil kalsium dari tulang
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
a)Pengambilan kalsium dan Vit D yang mencukupi
- Rakyat Malaysia dikatakan mengambil hanya 300-500 mg susu sehari sedangkan,
- Bagi wanita 19-49 tahun – 800 mg sehari diperlukan
- Bagi wanita lebih dari 50 tahun – 1000 mg sehari diperlukan
- Antara makanan yang mengandungi kalsium termasuk:-
- Yogurt biasa 2% 1 cawan – 415 mg
- Susu tinggi kalsium 1 cawan – 500 mg, susu biasa cuma 300 mg
- Susu skim 1 cawan – 300 mg
- Keju 1 cawan – 217 mg
- Kacang soya ½ cawan – 88 mg
- Broccoli ½ cawan – 89 mg
- Buah oren – 52 mg
- Ikan salmon 3-4 oz – 225 mg
- Dicadangkan agar di samping minum susu, diambil juga tambahan pil kalsium karbonat atau kalsium sitrat.
- Vitamin D pula, kalau kita terdedah pada matahari selama lebih dari 15 minit sehari, maka sudah mencukupi untuk kita. Bagi, wanita yang berumur, terlantar di katil atau yang kuran membuat aktiviti di luar, maka diperlukan 800 IU sehari yang boleh didapati dalam pil multivitamin atau kalsium. Vit D juga boleh didapati dalam telur, daging dan ikan salmon dan sardin.
b) Tingkatkan berat badan bagi wanita yang BMI kurang dari 19 kg/m2
c) Tingkatkan senaman “weight bearing” atau aktiviti fizikal tetapi jangan keterlaluan
- Seeloknya 3-4 kali seminggu untuk 20-30 minit setiap kali untuk mengekalkan keseimbangan hormone.
- Contohnya, lebih baik jalan kaki daripada naik kereta apabila ke kedai berdekatan, naik tangga daripada naik lif bila ke pasaraya dan berdiri daripada duduk
barang, di mana pamphlet boleh didapati di klinik dan hospital.
e) Elakkan minuman berakohol
f) Kurangan pengambilan kopi, teh dan coklat
g) Elakkan merokok
h) Bagi wanita berumur, elakkan daripada mudah jatuh dan tercedera
KELEBIHAN KALSIUM SHAKLEE OSTEMATRIX
1. Vitamin D - Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.
2. Magnesium – Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
3. Zink, boron, manganese dan kuprum – Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis

MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE ADALAH
1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis
3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.

FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
No comments:
Post a Comment