Blog Archive

October 29, 2015

Tip Penjagaan Pusat Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum

Menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga memang pengalaman yang sangat indah dan merupakan saat yang yang sangat-sangat ditunggu oleh pasangan suami isteri. Dalam keterujaan menanti tarikh kelahiran, attiey pun tak terlepas dari memikirkan perkara-perkara baru yang wajib dipelajari .




Salah satunya adalah cara-cara penjagaan pusat bayi yang baru lahir. Secara lebih tepat boleh attiey kata penjagaan tali pusat bayi yang belum tertanggal. Melalui pembacaan, dah boleh bayangkan apa nak buat.

Sehinggalah kelahiran Raisha, memang sangat mudah attiey praktikkan sebab ilmu dah ada. Lagipun, sebelum ni pernah jaga adik-adik yang kecil (^_^)

1. Mula-mula sekali, attiey pastikan tali pusat dan kawasan sekelilingnya berada dalam keadaan bersih dan kering. Sebelum discharge dari hospital, doktor ada bekalkan 'alkohol' atau bancuhan 'antiseptik' kan? Kegunaannya untuk mencuci pusat bayi kita.  Namun, ada juga ketikanya attiey cuma cuci dengan air bersih diikuti dengan mengelap untuk mngeringkannya.

2.  Sewaktu memakaikan diapers atau lampin pakai buang, attiey akan pastikan bahagian pusat tidak tertutup oleh diapers atau lampin pakai buang tu. Kebanyakan diapers untuk newborn sekarang ni memang dah sediakan potongan di bahagian pusat bayi. Kenapa penting buat macam ni? Untuk elakkan dari terkena najis atau air kencing bayi tu sendiri.

3. Ada masa-masanya attiey perhatikan yang bahagian tali pusat Raisha masa tu agak berair dan tak kering. Tapi attiey elakkan dari letak bedak sebab risau timbul komplikasi lain. Yelah, kita pun tak tahu apa bahan dalam bedak tu kan. Paling berani pun attiey taruk minyak gamat kat sekeliling pusat tu.

4. Pada dua minggu pertama tu, attiey mandikan Raisha dengan cara lap sahaja. Sesekali attiey jirus dari belakang je. Ini untuk mengelakkan pusat dari terendam lama jika mandikan dalam besen mandian tu.

5. Jangan sesekali cuba tarik tali pusat tu tau walaupun ia kelihatan akan tertanggan pada bila-bila masa sahaja. Biarkan ia berlaku secara semula jadi kerana biasanya bila dah betul-betul kering, barulah tali pusat akan jatuh sendiri.

Jangan ambil mudah kebersihan tangan ibu ketika mengelap pusat bayi baru lahir. Risau nanti berlaku jangkitan. Pastikan juga kapas atau tisu yang ibu gunekan untuk mengelap tu juga bersih. Kesihatan si manja, kebahagiaan kita..

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...