Tips Mendapatkan Barang Keperluan Bayi Tanpa Keluar Shopping




Mengetahui berita kehamilan  adalah berita terbaik yang ditunggu oleh semua ahli keluarga.  Ia juga merupakan perkara kedua terbesar selepas berita tentang  perkahwinan. 


Untuk bergelar ibu buat kali pertama, mungkin agar sukar untuk menentukan dan membeli barang-barang keperluan bayi. Bakal ibu  perlu menyenaraikan terlebih dahulu  semua perkara yang diperlukan oleh bayi. Kemudian, belilah sedikit demi sedikit sementara menanti tibanya hari yang dijangka.


Tetapi ada satu lagi cara mudah untuk mendapatkan  hampir kesemuanya, tanpa keluar shopping. Hehe. Bestkan dengar macam tu.  Penyelesaiannya adalah untuk mengadakan pesta mandi bayi! Alaa..."Baby Shower".  Apa yang perlu bakal ibu fikirkan adalah menu untuk tetamu pada hari tersebut. 



Ok, sekarang tak perlu fikir tentang barang-barang bayi dah. Cuma fikirkan sahaja tentang majlis  yang bakal diadakan nanti.  Apa temanya, yang akan menjadi konsep pada hari tu.


Ada beberapa cara untuk bakal ibu  memilih dan menentukan tema bagi majlis "Baby Shower". Timbulkan persoalan berikut;


  •  Adakah anda mahu ia berdasarkan warna? 
  • Sekiranya anda sudah mengetahui jantina bayi, merah jambu atau biru digunakan untuk mewakili bayi perempuan secara keseluruhan atau bayi lelaki. 
  • Atau barang-barang bayi seperti pacifier atau botol bayi?
  •  Bagaimana pula dengan tema watak seperti Sesame Street, Power Puff Girls, Makmal Dexter atau Looney Tunes? 
  • Ia juga boleh menjadi -hari di mana setiap undangan ditugaskan untuk membawa sesuatu yang bayi perlukan waktu itu.


Ada yang mencadangkan hadiah seperti  set pakaian , peralatan menyusu bayi, kain  selimut bayi atau set urut bayi . Yang apstinya setiap idea hadiah adalah unik. 


Bila "Baby Shower" dah selesai, periksa barang-barang yang anda dah ada dan sebaliknya.Barang-barang yang belum ada tu, bolehla beli. Jadi, kerja membeli dah dapat dikurangkan. Best tak.


Bincanglah dengan ahli keluarga terutama suami untuk menetapkan lokasi, senarai tetamu jemputan, tema untuk majlis, rancangan aktiviti dan siapa yang akan terlibat sebagai pembantu anda. Maklumlah, seboleh - bolehnya ibu janganlah terlalu sibuk untuk mempersiapkan majlis tersebut sehingga stress pula. Jadikan ia satu kenagan yang indah buat keluarga dan tetamu anda.


Petua Banyakkan Penghasilan Susu Ibu - Part 1


Mr. Google

5 tahun yang lalu, ibu-ibu yang baru bersalin seakan-akan berada dalam satu fenomena untuk masing-masing menyusukan sendiri bayi mereka. Kebetulan pula masa tu Attiey sedang bekerja di Unit kewangan salah sebuah hospital di pantai Timur yang menyokong penyususan susu ibu. Bayi yang baru dilahirkan WAJIB menyusu dan nurse yang bertugas akan pastikan teknik lekapan adalah betul sebelum meninggalkan hospital.

Mungkin di hospital, ibu-ibu bersemangat untuk menyusukan bayi tapi bila kembali ke rumah masing-masing, ada yang mengadu dan komplen susu badan tak cukup. Akibatnya, bayi dihentikan susu ibu.

Masih ramai yang tak faham dengan prinsip asas penyususan susu ibu. Kesannya macam tadilah. Timbul rungutan yang memberitahu susu merudum.


FAHAMI PRINSIP ASAS PENYUSUAN

1. Kerap susukan bayi

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap dua hingga tiga jam pada siang hari. Periksa lekapan dan kedudukan bayi anda supaya dia menghisap dengan betul. Kalau bayi tidur lebih dari tiga jam, kejutkan dia untuk bangun menyusu.

Pada waktu malam, kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika dia tidur lebih daripada tiga ke empat jam. Bagi ibu yang sepenuh masa berada dengan bayi, mungkin anda tiada masalah untuk kerap menyusukan.

bagaiman dengan ibu yang bekerjaya? Jawapannya anda kena berdisiplin. Memang agak susah jika difikirkan selagi belum melaluinya. Cuba dulu dan jangan culas untuk mengikuti jadual mengepam. Rutin mengepam yang konsisten akan membantu pengeluaran susu menjadi stabil.


2. Kerapkan sesi mengepam.

Jangka masa yang ideal untuk rutin mengepam adalah tiga jam. Ibu ikuti rutin ini tanpa gagal tau. Selain daripada tu, pam payu dara sebaiknya setiap kali selepas menyusu.

Ada ibu mengadu, payudara telah berasa lembut selepas penyususan. kalau begitu, pam di antara waktu penyusuan. Dahulu, saya fikir rugi jika pam susu sebelum menyusu. Bimbang bayi tak kenyang. Tapi pemahaman saya waktu tu salah sama sekali.

Amalan mengepam membantu kita memastikan payu dara benar-benar kosong. Ia menghantar isyarat kepada otak supaya membekalkan lagi susu dengan lebih banyak.

Mengepam pada waktu malam dengan kerap juga dapat merangsang penghasilan susu kerana hormon prolaktin banyak dirembes pada waktu malam.


3. Tak perlu tunggu payu dara penuh

Segelintir ibu menyusu gemar menunggu payu dara penuh untuk dijadikan sebagai petujuk bahawa sudah tiba masanya untuk bayi disusukan.

Tanggapan begini SALAH.

Ibu perlu yakin payu dara sememangnya mengandungi susu setiap masa. Setelah selesai menyusu, tubuh akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Kajian menunjukkan kandungan lemak dalam susu lebih tinggi apabila tempoh antara satu sesi penyususan dengan yang lain adalah singkat. Kalau anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyususkannya sedangkan beranggapan payu dara sudah kosong, bayi sebenarnya memperoleh susu yang tinggi kandungan lemak. Wow, hebat!

4. Pemakanan teratur dan seimbang

Makanan seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan tubuh ibu sihat. Jadi, secara tak langsng ibu dapat berterusan menghasilkan susu dengan baik.

Pengalaman saya, ketika menyusukan anak sulung dahulu tidak terlalu menjaga pemakanan. Apa yang ada saya makan. Penekanan terhadap nutrisi belum di tahap yang baik. Kesannya, susu terjejas penghasilannya.

Ingat ye ibu-ibu, Jika ibu tidak mengambil makanan seimbang, ibu berisiko untuk mudah letih, mood tak stabil, pening kepala, stress dan masalah-masalah kesihatan lain boleh mengganggu. Bila tak sihat, ibu dah tak berupaya untuk menyusukan bayi secara langsung atau mengepam bagi membolehkan payudara benar-benar kosong.


5. Minum air secukupnya

Apabila tubuh mengelami masalah ekkurangan cecair, ia sedikit sebanyak mengganggu penghasilan susu. Air yang mencukupi penting dalam usaha untuk merangsang penghasilan susu ibu, Kalau boleh, minumlah sehingga tiga liter sehari.


Facebook: Attiey Mohamad
Fb Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084

Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

Jerawat Bernanah Di Muka Jadi Mimpi Ngeri Boleh Dihilangkan. Bagaimana?

Klise tak dengan tajuk macam ni? Takpe, biar tajuk klise tapi jalan penyelesaian sangat berbeza namun berkesan. Chewaaah.

Bagi yang tak pernah merasa, mungkin ini bukan satu perkara besar tapi percayalah, apa yang atiey kongsikan ni boleh jadi jalan penyelesaian buat yang memerlukan.


Bayangkan bila kunyit berminyak, berjerawat teruk dan bernanah serta gatal pula. Apa lagi nak dibuat kalau bukan tangan gatal nak memicit untuk pecahkan jerawat.Kenapa? Tak tahan. Tapi dalam tak tahan tu tetap juga takut nak basuh muka sebab risau muka berdarah. Haa...tulah yang dihadapi oleh akak kecik molep iaitu Puan Siti Noriza Saleh.

Teruskan membaca kisah beliau↴↴↴


Macam-macam pencuci muka saya guna, malahan sampai saya terlalu terdesak sehinggakan sanggup beli produk kecantikan yang "hari ni guna, 3 hari dah cantik":"!!...betul, sebab saya terdesak sangat sangat nak dapatkan kulit muka yang bersih. tapi, makin teruk dan makin teruk!!! makin bernanah dan sangat perit..lagi lagi nanah di dahi...bila nak sujud, macam letakkan dahi atas jarum..pedihh...


Padahal, masa ni saya sudah pun gunakan set penyusuan shaklee cuma saya tak kenali produk yang saya ambil tu dengan lebih prihatin dan tidak mengenali kulit wajah saya dengan lebih baik. salah satu produk yang makin buat muka saya bernanah teruk ialah Vitamin E!!! sungguh saya tak sangka yang sebenarnya saya ni jenis muka berminyak. kalau ambil vitamin E berlebihan, makin teruk jerawat saya ni. sehinggalah, saya berjumpa dengan seorang SID di branch Johor Bahru ( nak keluar rumah pun malu, nak hantar barang customer pun malu, balik rumah jumpa adik beradik pun malu..hu hu hu hu), dia menganalisis kulit muka saya dan mencadangkan produk yang lebih bersesuaian dengan saya iaitu
:-


GLA - merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. walaupun ada vitamin E, kandungannya lebih sedikit dari vitamin E complex dan ia membantu penyerapan minyak berlebihan di muka dengan lebih baik. Dan hasilnya, kulit muka saya dah tak berminyak dah..dulu mau baru 10 min pakai bedak, dah jadi compang camping sebab muka dah muka berminyak..adehhh,..pakai bedak salah, tak pakai bedak lagi serba salah.


ESP - of course ia membantu memperbaiki sel sel kulit mati dan membantu menghilangkan kesan kesan jerawat yang hitam tu. susah tau nak hilangkan bekas bekas jerawat tu., ala ala bekas kudis lak.. malu woooo..


SR VITAMIN C - membantu mengekalkan paras kolagen yang kritikal bagi muka kita. sebab tu, kalau muka nampak tua atau orang kata muka tak sepadan dengan usia, menandakan paras kolagen kita berkurangan. tak mohlah tua sebelum masanya..


Jadi untuk permulaan, saya ambil 3 suplemen ini..dan baru saya top up dengan coqhealth dan caratomax yang membantu elakkan kulit muka saya dari sunbrun. so takdelah ada layer kat muka walaupun bertudung kan?


Selain dari suplement, saya mengambil set kecantikan enfuselle ( normal to oily skin ) untuk perbaiki dan merawat dahulu kulit muka saya dari luar. selepas jerawat mula surut dan nanah pun hilang, saya bertukar ke set kecantikan nutriwhite.



Bagaimana?
Kisah ni bukan rekaan. Ianya testimoni sebenar. nak tengok hasilnya?




Berminat untuk dapatkan apa yang Puan Noriza nyatakan? Hubungi;

Facebook: Attiey Mohamad 
Fb Page: Mommy Ceria 
WhatsApp: 0139218084 

 Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

Minuman Tenaga Yang Dijual Dalam Bentuk Serbuk ?

Bila sebut minuman tenaga, apa yang terbayang dan bermain-main dalam fikiran anda? Kalau 10 tahun dulu, sudah tentunya minuman isotonik seratus plus tu. Brand lain tak kenal.

Tetapi rupanya ada yang lebih hebat sekarang ni. Minuman tenaga ni sangat terkenal untuk atlet dan makin tinggi permintaan bila tiba bulan puasa. Bukan air milo, bukan air Horlics. Tetapi minuman tenaga Performance Drink Shaklee.

Ia dijual dalam bentuk serbuk. Serbuk ni kalau celup jari dan rasa di lidah pun sangat sedap. Lazat. 

Macam ada seorang pengguna ni bagitahu. 

" Kalau dulu dulu saya tak pandang sangat apa istimewanya kelebihan performance drink shaklee ni...Memang ada sentiasa setin kat rumah tapi jarang berusik, hanya bila demam atau cuaca panas terik baru saya minum, tu yang sampai keras2 serbuk tu.. Dan hanya minum ketika mengerjakan umrah tapi tak tahu terperinci pentingnya minuman tu. Tapi selepas baca serba sedikit tentang pentingnya minuman elektrolit dan diberi penjelasan secara terperinci dan betul, barulah datang kesedaran untuk rajin minum.".


Sedikit info tentang elektrolit. Antara elektrolit yang utama dalam badan adalah Sodium ion, Chloride Ion, Magnesium ion Calcium Ion, Potassium ion..


Fungsi elektrolit adalah untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yg digunakan oleh saraf saraf dan otot otot badan.


Jadi jika anda sedang mencari minuman elektrolit, pastikan pilihan anda adalah yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga anda. Pilihan saya semestinya Performance Drink Shaklee. Kenapa? kerana ia berbeza dengan jenama yang lain..bukan sahaja rasanya yang lazat, yg penting ia tak bergas dan atas sebab sebab dibawah .... 

Kelebihan Performance Drink Shaklee:

  • Ia terbukti secara klinikal dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air. 
  • Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.
  • Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
  • Terbukti secara klinikal:Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina
  • Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.


Berminat untuk mencuba?

Hubungi ;

Rafhati Mohamad Napi
0139218084 ( Whatsapp/ Sms)

Pengakuan Seorang Ibu, Kesan Selepas Mengamalkan Vitamin Shaklee


Macam-macam pengakuan yang kita boleh baca sebulan dua ni. Ada di facebook, ada di website. Pengakuan ni ada yang baik dan ada yang sebaliknya.


Masa yang ada ni, saya nak kongsi juga satu pengakuan oleh seorang ibu iaitu Puan Ayu yang pada mulanya memang tak pandang sebelah matapun pada supplemen Shaklee tapi apa jadi bila beliau sendiri yang merasai kesannya?

***************
Kisahnya bermula;
***************

Saya Ayu, ummi kepada 3 orang permata hati. Berusia 32 tahun dan bekerja. Saya mula mengenali Shaklee sewaktu berpantang anak ke 3 pada hujung Disember 2013 lalu.Dulu, saya tak suka dengan Shaklee,sebab hanya menganggap ia sekadar MLM.


Apa yang membuatkan saya mencuba Shaklee iaaah apabila saya mencari set berpantang yang terbaik, setelah saya mencuba 2 jenis set berpantang yang berbeza pada dua kelahiran yang lalu.


Namun keduanya tidak memberikan saya kepuasan. Bila ditanya, ramai yang suggest Shaklee,namun saya rasa was was lagi, Sehinggalah saya bertanya dalam group kawan2 sekolah dahulu, ade seorang kawan (doktor gigi) suggest Shaklee..


Haish!!Shaklee lagi..oklah, saya cuba..tapi taknak banyak2 takut x habis mkn so, lepas bersalin saya beli set asas bersalin dengan kawan saya tu..masa tu hanya beli zinc, vitalea, b complex dan vita C..

Seminggu selepas mencuba, saya hanya perasan satu perkara, saya tak penat! saya tak lesu! saya x pening mahupun beremosi ketika dalam pantang. Lantas terdetik ingin mencuba set 'milk booster' pula memandangkan saya perlu membuat stok susu sebelum masuk bekerja.

Saya oder lagi..kali ni, saya mengikut sahaja apa yang di cadangkan, sehinggalah saya register member secara percuma kerana cukup point. Saya bukan setakat beli set menyusu,malahan set untuk kurus bagi ibu menyusu sekali.. Rasa macam waah, betul ke tindakan aku ni, tapi sebab nak cuba, dan yakin saya cuba juga


Alhamdulillah..


Pelaburan saya berbaloi.. apalah sangat nilai wang jika nak dibandingkan dengan apa yang saya dapat berikan pada bayi saya...

Alhamdulillah...sebanyak 1500 oz susu ebm berjaya saya kumpulkan sebelum saya mula bekerja.Suami 'terpaksa' beli deep freezer sendiri untuk simpan susu tersebut dan bonus!!!!

Berat saya turun sehingga 14 kg berbanding berat sebelum ini..memang rekod!!


Alhamdulillah...

Inilah cinta pertama saya dengan Shaklee sebelum cinta2 lain berputik..

*********
Sekian
*********




Facebook: Attiey Mohamad
Fb Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084

Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

Apakah sebenarnya kolagen?



Kolagen bertindak seperti "gam" yang mengikat tubuh kita dan ia ditemui dalam otot, tulang, tendon dan paling banyak dalam kulit. Kolagen ni dikenali kerana manfaatnya kepada kulit, seperti menjadikan kulit  kita lebih tegang, elastik dan gebu, mengecilkan liang pori, mengurangkan kedutan dan garis halus, merangsang kulit supaya lebih cerah dan licin, kuku yang kuat serta rambut yang lebat dan bersinar.


Pengeluaran kolagen secara semula jadi berkurangan apabila umur bertambah, menyebabkan kulit kendur, kedutan dan garis halus terbentuk dan rawan pada sendi menjadi lemah.


Terdapat  29 jenis kolagen dan 90%  adalah dari jenis kolagen I, II, III dan IV.


Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponene utama tulang) dan gigi.


Kolagen II pula pada tulang rawan (komponen utama tulang rawan) , mata.


Kolagen III terdapat pada reticulate (komponen utama retikular serat). rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati, jantung, tulang sumsum, arteri, kulit, usus dan rahim.


Kolagen IV membentuk asas kepada sel membran dasar ( serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.


Kolagen V pula pada permukaan sel, rambut dan uri.



FUNGSI KOLAGEN

1- Menghasilkan asid amino penting seperti;


  • lysin, prolysin dan glysin yang diperlukan oleh tubuh secara khusus untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin - memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin  serta melembapkan kulit.
  • alanin, prolin dan asparagin pula menstabilkan struktur, melembap, menegang dan menganjalkan kulit.  
  • arginin memudahkan untuk tidur nyanyak dan menghasilkan pola tidur.
2- Mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik

3- Melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif

4- Menegang, menganjal dan melembapkan kulit

5- Menampung air dalam tubuh


6- Meningkatkan penyerapan kalsium

7- Menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit

8- Meningkatkan isyarat induksi

9- Menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik


Sukan PASTI Raisha 2017



Acara wajib setiap tahun bagi anak-anak PASTI adalah sukan atau lagi tepat kita sebut sukaneka.  Acara ni dah lama. Awal tahun hari tu lagi. Tapi semalam baru jumpa balik gambar, terus buat entri lah.

Tahun 2017 sukanekanya macam hanya ambik syarat buat sukan sebab ada 3 acara je untuk  setiap murid. Mungkin sebab nak pendekkan masa kot. Kalau nak banding tahun 2015 dulu, agak banyak acara dan habis dalam pukul 1 lebih. kali ni habis dalam pukul 11 lebih kalau tak silap.

Pembahagian hadiah pun lebih cepat dan semua dapat pingat. Semua pingat adalah "Tempat Pertama" dan semestinya warna Gold. Hehe.. Oklah tu, budak-budak suka.

Tahun depan Kakak dah 7 tahun. Masuk tahun 1 nanti macam mana lah ye agaknya. Cepatnya masa berlalu. 

Beginilah Rupa Bila Travel Balik Kampung,

Zaman kecik-kecik dulu selalu berangan nak duk luar dari negeri kelahiran dan pasang impian macam-macam. Allah memang menurut sangkaan hambaNya. Lagipun , apa yang kita fikirkan tu lama-lama bila dah selalu sangat dia jadi aura tarikan.

Allah betul-betul jodohkan dengan jejaka luar negeri kelahiran. Hehe.

Jadi, bermulalah episod balik kampung setiap kali beraya atau bila ada keperluan menjenguk mak abah.


Selalunya, kalau esok nak gerak, malam ni Atiey tidur agak lambat sebab sediakan barang-barang mentah untuk masak sebagai bekal dalam perjalanan. Suami tak suka makan kat kedai. Satu sebab harga agak mahal. Satu lagi suami pentingkan kebersihan. jadi, kitorang ngap-ngap dalam kereta je. Kalau lapar, berhenti tepi jalan dan keluarkan makanan, makan dalam kereta. Tapi bukan kat tepi highway la kan. Jalan-jalan kampung agak selamat.





Haa, macam ni lah rupanya bahagian seat depan tempat letak kaki tu setiap kali balik kampung. Bukan tak boleh letak  belakang tapi macam lagi senang nak capai kalau duk depan ni.


Dalam bekas pink tu ada nuget. Keropok keping dalam botol. Bawah-bawah lagi tu ada nasi, lauk sikit dan air semestinya. Anyway, ni masa nak balik ke Shah Alam dah.


Anak-anak kecik, memang banyaklah sikit barang kan. Dengan susunya, air panasnya, botolnya. hehe.  InshaaAllah, dah besar sikit nanti lagi senang nak travel kan. Mudah-mudahan. Aamiin.

Enjin Carian Selain Google Yang Sesuai Untuk Anak-anak

Anak-anak bila tengok umi mengadap Google, dia pun nak join sama. nak cari itu nak cari ini. Yang paling banyak nak tengok gambar. Kalau jumpa Youtube, melompat-lompat.


Bagi ibu bapa yang nak bagi anak-anak cari sendiri bahan-bahan belajar kat dalam internet tapi risau kalau anak-anak jumpa benda pelik-pelik, boleh gunakan Kiddle ni.


Caranya mudah je. Search http://www.kiddle.co/  dan anda akan terus dibawa ke web page yang betul.






Menariknya Kiddle ni dia berwarna warni yang sesuai dengan jiwa anak-anak. Tulisan kat kotak carian pun berwarna tau.






Hasil carian pun sesuai dengan carian untuk anak-anak. 




Jadi, kepada ibu bapa, cepat-cepat setkan enjin carian yang comei ni untuk kegunaan anak-anak.

SET KESUBURAN SHAKLEE BANTU KAWAL DIABETES DAN HB LOW SEMASA HAMIL

Assalamualaikum.

Dah ada beberapa entri sebelum ni yang Atiey cerita tentang masalah Hb yang rendah dan dibantu oleh supplemen Shaklee. Salah seorangnya adalah adik ipar atiey sendiri ketika hamil anak sulung.


Kali ni Atiey nak kongsi cerita yang berlaku kepada kawan satu course masa di UiTM dulu. Semoga ada yang boleh anda jadikan sebagai jalan penyelesaian.


Kawan Atiey ni, namanya Yani. Lama dah lost contact. Tup-tup jumpa dalam Fb. Tu yang tahu cerita dia ni. Jom baca bagaimana Yani cuba  usahakan untuk dapat bayi kedua. Seterusnya apa yang Yani lakukan bila doktor sahkan alami Diebetes semasa hamil dengan keadaan Hb pula yang rendah.


Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t dengan nikmat yang diberikan kepada hambanya. Yani nak berkongsi pengalaman yani sendiri menggunakan set kesuburan untuk hamil. Supplement ni asbab sahaja tetapi yang memberi sudah pasti pencipta kita kan!


Yani berkahwin pada tahun Mei 2008 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada bulan April 2009. Pada yani, yani fikir yani seorang yang senang hamil (tapi tak boleh lawan dengan kuasaNYa)Jadi yani plan untuk hamil lagi bila Adi umur 2tahun lebih jadi bezanya dalam 3tahun la kan.Kuasa manusia mana boleh mengatasi kuasa Pencipta kan.Kita yang merancang tapi Allah dah tetapkan segalanya untuk kita. Yani berusaha dalam tempoh hamper 2tahun untuk hamil namun belum berhasil.


Masa dah suntuk sebab yani tak nak anak yani beza jauh sangat. Yani tidak mempunyai masalah kitaran haid.Alhamdulillah semua ok tapi rezeki belum berpihak kepada yani dan suami. Bulan Dec 2012 yani beli Set Kesuburan untuk yani dan suami.Yani tak beli yang budget tapi beli full set sebab yani nak pastikan untuk mnegatasi masalah yang yani hadapi sekarang ni rasa lebih berpuas hati dengan terus ambil full set.Kalau set tu ada 5jenis, 5 jenis la yani beli.


Apa yang yani beli untuk yani, B Complex, Vit C, VitaLea, Alfalfa dan GLA.Untuk suami yani beli zinc, Vit E. Yani berkongsi makan B complex, vitalea, alfalfa dan vit c dengan suami sebab setiap botol vitamin ini ada banyak biji. Yani dah tak kisah keluarkan belanja besar. Doa, solat hajat selalu yani buat sebab nak sangat anak.Teringin nak anak kecil sebab Adi dah pun 4tahun(2013).


Yani start makan GLA bulan Jan 2013 sebab kena makan masa hari pertama period sehingga hari ke 14.Vitamin lain dah makan masa beli bulan Dec 2012 lagi.Yani paksa suami makan semua vitamin sebab kita tak tahu apa masalahnya.


Bulan Jan 2013 yani masih datang bulan.Erm....sedikit kecewa tapi yani sabar dan terus berusaha. Alhamdulillah, Feb 2013 datang bulan terakhir yani.Syukur sangat-sangat tapi masa mula-mula test urin kat rumah, suami taknak terlebih gembira sebab lama tunggu kan.


Tapi kegembiraan dapat hamil kali ini dicampur sedikit kedugaan sebab selepas yani buat buku merah diklinik ibu & anak, buat ujian darah, yani disahkan mengidapi diabetes semasa hamil dengan bacaan gula dalam darah 9.5. Memang tinggi la kan dan HB pula low. Walaupun dalam keluarga tiada keturunan penyakit diabetes tapi cara pemakanan sebelum hamil banyak menyumbang dan salah satunya minum nescafe sebab kafein boleh menghalang insulin masuk ke dalam darah. Yani memang suka sangat minum nescafe. Setiap pagi memang wajib minum nescafe. Tapi selepas tahu yani perlu elak minuman kafein, memang terus berhenti. Tak minum langsung dah minuman kafein.


Di klinik kerajaan apabila kita mempunyai masalah kesihatan semasa hamil, memang terpaksa la datang ke klinik setiap 2 minggu sekali. Kena uji darah sebab hb low tu, kena cek darah dalam gula setiap kali sebelum rawatan, terpaksa jumpa doktor pakar pemakanan la. Sangat menyeksakan tapi terpaksa demi kesihatan ibu & bayi yang dikandung.


Disebabkan hb yani low sampai paling rendah 8.9, ujian darah terpaksa dihantar ke HKL dan disahkan pula yani mengalami Talasemia Treat. Doktor bekalkan yani Iberet untuk naikkan hb darah yani tapi hasilnya kurang memberangsangkan. Jadi dengan inisiatif supplement Shaklee yang yani dah makan ni, yani telan 2biji Vitalea bersama-sama B complex dan Vitamin C. Alhamdulillah, hb yani semakin naik dan rawatan seminggu sebelum bersalin hb yani dah naik ke 10.9. Syukur sangat-sangat dan gula darah darah yani juga sangat terkawal.


Tetapi walaupun gula dalam darah sudah terkawal, doktor memang tak bagi yani bersalin lebih dari tarikh jangka. Terpaksa la ‘induce’ pada pagi 14 November 2013 seawal pukul 7pagi. Doktor sudah memberi penerangan awal sekiranya ubat induce pertama tidak memberi kesan, terpaksa induce untuk ubat kedua. Alhamdulillah, yani induce sekali sahaja tapi azab sakitnya induce memang tak terkata. Sakit induce bermula pukul 12tengahari semasa pelawat dibenarkan masuk dan suami yani banyak membantu mengurangkan kesakitan tersebut.


Selepas mendapat arahan yani akan ditolak ke labor room dalam pukul 3 lebih, yani minta tolong suami bancuhkan ESP dan yani telan bersama-sama B Complex dan Sustained release Vitamin C. Pukul 3.20 petang dipecahkan ketuban dan 3.40 petang yani selamat bersalin. Semua proses berjalan lancar. Kelahiran kedua ini walaupun mempunyai pelbagai masalah kesihatan, terpaksa induce tapi Alhamdulillah sangat-sangat kerana selepas je bersalin dan masih dalam labor room, badan yani rasa sangat bertenaga, macam tenaga telah recharge.


Masalah pening juga tiada jika disbanding semasa proses bersalin anak pertama dahulu. Yani tak boleh bangun sebab kepala pening sehingga nak pakai baju sendiri pun tak boleh tapi kali ini memang sangat berbeza. Sebelum di hantar ke wad biasa, yani sempat makan nasi yang dihidangkan oleh nurse di Hospital Ampang lagi.


Pengalaman dua kali hamil memang sangat berbeza dan yani memang bersyukur ditemukan dengan vitamin Shaklee ini kerana banyak membantu dari segi kesihatan yani sekeluarga.





Facebook: Attiey Mohamad
Fb Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084

Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...