Blog Archive

November 26, 2018

Negara Buku Mega

Jumaat lepas, 23 November 2018 memang hari yang Raisha duk tunggu-tunggu sebab tukan hari pertama jualan di Karangkraf Seksyen 15 untuk Negara Buku Mega tu. 

Dahla sebelum tu duk lalu depan Karangkraf dua tiga kali, memang nampak poster gerabak.

Sehari sebelumnya Raisha cuba "berunding" dengan abinya. Waktu nak pergi. Sekali abinya ada perlawanan bola sepak persahabatan pulak malam tu. So, abi Raisha ajak pergi hari Sabtu. Raisha ok je.

Tapi bila umi dia ni duk fikir-fikir balik, hari Sabtu ramai yang cuti. Kemungkinan untuk orang sangat ramai memang tinggi. Dengan keadaan umi sekarang ni, rasanya tak sanggup nak bersesak dalam keramaian orang. Huhu. Nanti jalan sikit mula umi cari kerusi. Haha.

So umi Raisha ni cuba pujuk encik suami untuk pergi jugak selepas habis lawan bola. Kalau encik suami sakit kaki, umi Raisha drive pun takpe. Sanggup tau nego camtu sebab tak larat nak pergi Sabtu. 

Alhamdulillah abinya setuju.

Habis je lawan bola, abi Raisha wassap dah on the way balik rumah. Dapat tahu team abi dia menang malam ni, so dengan mood ceria abinya yang drive. Hooray!

Sampai kat Karangkraf, parking ada banyak je kat dalam. Tak macam sebelum-sebelum ni yang kereta semua terpaksa parking kat luar. Dekat jelah nak jalan masuk ke tempat jualan. Tempat jualan kali ni kat dalam bangunan yang ada air cond. Selesa sikit.
Mula-mula masuk, memang suka jugak tengok papan tanda SALES yang ada tu.

1 = RM10
3 = RM10
5 = RM10

Ruangan pertama kami jejak lebih kepada buku umum dan novel. Jadi, tak banyak yang menarik perhatian sebab duk aim buku anak-anak.



So, kami tuju ke ruangan kedua. Lebih besar dan nampak lebih banyak buku.
Kat sini majoriti buku kanak-kanak termasuk buku Didi and friends, Omar Hana dan Ana Muslim. Ada jugak buku cerita yang menarik dengan gambar berwarna. Buku resipi pun ada. Banyak!

Bagi peluang kat Raisha dan Adib pilih buku apa yang diorang nak tapi umi pantau dari belakang untuk cukupkan "korum". Contohnya buku yang beli 5, RM10...kena pastikan ambik lima. Kalau tak, tak dapatlah harga RM10 tu. Gitu.

Dalam sejam, dah setel urusan.

Sebenarnya, agak frust sebab kuantiti buku dan pilihan tak berapa nak Mega. Kami bayangkan bnyak pilihan majalah-majalah yang ada tapi ternyata tidak. Mungkin banyak yang ke KB Mall kot.hehe.

So, jumlah nilai "tangkapan" hanyalah RM60 sahaja.

Jadi, cuti sekolah yng ada ni umi akn pastikan Raisha habiskan baca semua buku yang dibeli ni. Haha.

Harap-harapnya minat membaca ni terus kekal sehingga dewasa.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...