Blog Archive

January 10, 2019

Atasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Protein

Assalamualaikum.
Sekarang ni dah ramai yang mula alert dengan tahap kesihatan masing-masing kan. Tengok je lah trend larian beramai-ramai sekarang ni yang makin lama makin banyak dianjurkan. Tak kira siang atau pagi, penyertaan memang membanggakan. Suami saya juga aktif join aktiviti larian atau dikenali sebagai "Fun Run"ni.

Bercakap pasal soal kesihatan, memang tak boleh larilah dari mengaitkannya dengan pemakanan kan.


Kebetulan pula saya ni jenis yang suka perhatikan portion orang kita sewaktu makan di kedai dan restoran. Memang kalau waktu lunch, rata-rata akan ambik nasi banyak, lauk banyak dan sayur suku pinggan je. Hrmmmm...


Jarang sangat nak jumpa yang amalkan suku-suku separuh. Hehe.


Sebenarnyakan, kalau kita tak jaga amalan pemakanan kita dari muda lagi,  banyak masalah akan timbul bila usia semakin bertambah. Tak kisahla saiz badan kecik atau besar, kalau gaya hidup tak berapa bagus, risiko untuk terkena penyakit akan tinggi juga.


Antara masalah yang paling biasa adalah masalah kolestrol.


Memang ia masalah biasa tetapi ia boleh membawa kepada risiko penyakit kritikal lain seperti masalah jantung. Haaa...bila sebut jantung baru terasa berat kan?


Saya tak nak cerita kat sini tentang kolestrol cuma nak share apa nak buat bila suatu hari kita dah buat pemeriksaan kolestrol di hospital atau klinik, kemudian bacaan untuk kolestrol jahat lebih tinggi dari kolestrol baik?


Kolestrol jahat adalah "bahasa mudah" bagi Low Density Lipoprotein (LDL).


Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Lipidology menyatakan bahawa protein soya merendahkan jumlah kolestrol dan "Non HDL Cholestrol " dengan begitu ketara berbanding protein dari susu. Kajian ini dilakukan pada mereka yang mempunyai masalah kolestrol secara sederhana.




Food And Drug Administration (FDA) juga menyatakan bahawa pengambilan  produk yang mengandungi lebih daripada 25g protein soya untuk satu hidangan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.


Bagaimana Protein Soya Membantu Mengawal Paras Kolestrol? 
  • soya merupakan sumber tumbuhan dan tiada kolestrol 
  • protein soya membantu mengurangkan kolestrol 
  • kebanyakan lemak di dalam produk soya adalah poly-unsaturated 
  • isoflavones yang terkandung dalam soya mencegah atherosclerosis 
  • soya mengandungi serat terlarut yang boleh membantu mengurangkan jumlah kolestrol yang beredar dalam darah. 

Di beberapa tempat di mana soya diproses dan diamalkan setiap hari, peratus pesakit berkaitan kardiovaskular adalah rendah.


Terdapat kajian yang mencadangkan bahawa makanan berasaskan soya mungkin membantu mencegah penyakit jantung dengan merendahkan jumlah kolestrol, merendahkan kolestrol jahat/ Low Density Lipoprotein (LDL), tekanan darah dan kemungkinan juga mencegah pembentukan plak dalam salur darah (atherosclerosis).


Penting untuk kita tahu fakta ni. Sebelum umur 60, seorang lelaki akan mempunyai lebih banyak masalah berkaitan kolestrol berbanding pasangannya.


Tetapi, selepas mellaui fasa menopause dan penghasilan hormon estrogens menurun, paras kolesterol wanita akan meningkat dan ini meningkatkan risiko untuk wanita menghidap penyakit jantung.


Soy isoflavones yang terkandung dalam soya mengandungi aktiviti estrogen yang lemah yang mana mampu membantu menurunkan paras kolestrol tersebut.


Jangan takut pada rasa soya yang kurang menyenangkan. Sebaliknya fikirkan pada khaiat yang mampu diberikan. Cegahlah sebelum terlambat. Jika nak cari soya yang rasanya lemak dan tak ada bau soya langsung, cubalah ESP dari Shaklee yang diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal serta memiliki kualiti protein bermutu tinggi yang pernah dihasilkan.


Nak tahu lanjut tentang ESP soy protein ni, boleh hubungi saya sebab saya memang amalkan dan bersedia nak share dengan anda.


013-9218084 (Klik untuk terus wassap)
Luvs, Attiey M. Napi

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...