Berita paling baik yang saya dan suami tunggu pastinya berita kehamilan. Memandangkan Raisha dan Adib pun dah besar dan boleh berdikari sedikit sebanyak, kami rasa kami dah bersedialah nak tambah ahli keluarga yang baru.
Bulan Syawal lepas, tunggu ABC tak datang-datang. Suami tanya tapi masa tu takmau cek lagi. Saya bimbang dia frust sebab dia terlalu berharap. Dah masuk 2 minggu lewat, baru saya buat test UPT.
Alhamdulillah, result double line.
Masa tu musim open house. Setiap hujung minggu mesti keluar memenuhi jemputan. Alhamdulillah, semua boleh makan dan memang selera menjadi-jadi. Dalam pada tu, beringat juga sebab taknaklah berat naik mendadak nanti.
Biasanya masuk minggu ke 12 baru buka buku di klinik kesihatan kan. Jadi, sebelum tu saya dan suami ke klinik swasta dulu untuk buat pengesahan dan scan. Buat urine test lagi sekali dan nemang positif hamil. Usia kandungan baru 5 minggu dan scan pun tak nampak apa-apa lagi. Doktor suruh datang lagi 3 minggu.
Dalam tempoh 3 minggu tu, saya rasa asyik nak tidur je. Tak larat nak layan Adib. Kesian dia. Masak pun berat hati. Terpaksa beli kat luar. Bau menumis tu memang tak boleh tahan.
Rasa loya, pedih ulu hati dah mula databg. Perut asyik minta diisi. Kalau lambat, memang masuk angin. Tidur pun susah.
Dipendekkan cerita, cukup masa yang doktor tetapkan, kami ke sana untuk scan. Malangnya belum nampak jelas cuma nampak kantung sahaja.
Balik dari rumah, keesokan harinya semua alahan yang ada hilang begitu saja. Macam tak pernah alami alahan. Kenapa ye?
InshaaAllah minggu ke 11 nanti kami akan ke klinik semula untuk scan.
No comments:
Post a Comment