Nikmati kehamilan dengan tenang |
Ia terjadi kerana asid perut naik ke esofagus. Ia boleh naik sehingga ke mulut dan menyebabkan ibu berasa masam atau pahit.
Kes begini banyak berlaku kepada wanita hamil dan ia dipercayai kerana perubahan hormon dan fizikal semasa kehamilan.
Apabila hormon progestron meningkat, otot-otot lembut dalam rahim melonggar. Hormon ini juga dikatakan melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Kesannya asid gastrik melonjak naik ke atas dan menyebabkan rasa terbakar tadi.
Pencernaan seorang wanita ketika hamil menjadi agak perlahan kerana hormon progestron ini.
Tetapi, jangan risau. Masalah ini bukan berpanjangan. Mengikut pengalaman saya, ia akan mula berkurang apabila masuk trimester kedua.Namun tak mustahil juga ia boleh berpanjangan.
Cara Mengatasi
Memangnya kita tak dapat nak mengelak seratus peratus. Tetapi ada beberapa cara yang kita boleh amalkan untuk mengurangkan rasa tak selesa tersebut.Elakkan sesetengah makanan yang membuatkan ia semakin teruk.
Saya syorkan untuk kurangkan makanan berminyak dan pedas. Elakkan juga makanan berempah dan buah-buahan sitrus serta jusnya.
Makan sedikit-sedikit tetapi kerap.
Makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa menyebabkan kita rasa sebu dan tak selesa. Amalkan mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit tetapi banyak kali. Ia membantu perut untuk tidak dimasuki angin dan mengelakkan rasa loya juga.
Duduk selepas makan
Elakkan dari terus baring sebaik sahaja selepas makan. Duduk dengan tegak dan elakkan membongkok. Pakailah pakaian yang tidak ketat di sekeliling perut.
Jika masalah ibu-ibu tak berkurang setelah mengamalkan tips di atas, berjumpa dan berbincanglah dengan doktor dengan segera.
Luvs, Attiey M. Napi
No comments:
Post a Comment