Blog Archive

November 27, 2017

Anak Lelaki dan Anak Perempuan Tak Sama

Sabtu lepas Raisha ada ujian diagnostik untuk menguji tahap kemahiran. Ujian ni memang semua bakal murid tahun satu kena ambil. Tujuannya untuk susun kedudukan kelas nanti. Dua minggu sebelum sekolah cuti, kami dah minta Raisha buat latihan sikit dan refresh balik apa yang dia dah belajar dari awal tahun.


Apa yang kami perhatikan, Raisha ni tak boleh laju-laju dan tak boleh diberi tekanan. Sebabnya dia mudah stress dan panik. Jadi kami ambil pendekatan untuk bagi galakan dan nasihat dalam santai. Sama juga bila nak ajak baca buku cerita. Tak boleh dipaksa. Nanti sebut pun dia tak nak.

Macam Adib pula suka mencuba. Mungkin sebab selalu tengok dan dengar apa yang Raisha baca, jadi Adib mudah mengikut. Dia lamabt bercakap tapi bila cuba menyebut, susunan dan huruf ABC nya betul dan tak bertukar-tukar. Agak yakin dengan apa yang dia nak buat dan berani. 

Kami bukanlah nak membezakan anak-anak melalui gender tetapi kami sedar cara pembawaan sikap antara anak lelaki dan perempuan ni tak sama kan..Macam contoh, nak bagi arahan pun lain lenggok bahasanya. Raisha perlu lebih kepada memujuk manakala Adib pula kena jelas dan mudah, tak boleh meleret-leret.


Raisha 5 Tahun

Featured Post

Bisnes Menguntungkan Untuk Diwarisi

Baru- baru ni mentor akak  bagitahu beliau baru je selesai attend meeting bersama Amanah Raya. Hrmmm...apa pulak kaitan Shaklee dengan Am...