Blog Archive

November 27, 2017

Anak Lelaki dan Anak Perempuan Tak Sama

Sabtu lepas Raisha ada ujian diagnostik untuk menguji tahap kemahiran. Ujian ni memang semua bakal murid tahun satu kena ambil. Tujuannya untuk susun kedudukan kelas nanti. Dua minggu sebelum sekolah cuti, kami dah minta Raisha buat latihan sikit dan refresh balik apa yang dia dah belajar dari awal tahun.


Apa yang kami perhatikan, Raisha ni tak boleh laju-laju dan tak boleh diberi tekanan. Sebabnya dia mudah stress dan panik. Jadi kami ambil pendekatan untuk bagi galakan dan nasihat dalam santai. Sama juga bila nak ajak baca buku cerita. Tak boleh dipaksa. Nanti sebut pun dia tak nak.

Macam Adib pula suka mencuba. Mungkin sebab selalu tengok dan dengar apa yang Raisha baca, jadi Adib mudah mengikut. Dia lamabt bercakap tapi bila cuba menyebut, susunan dan huruf ABC nya betul dan tak bertukar-tukar. Agak yakin dengan apa yang dia nak buat dan berani. 

Kami bukanlah nak membezakan anak-anak melalui gender tetapi kami sedar cara pembawaan sikap antara anak lelaki dan perempuan ni tak sama kan..Macam contoh, nak bagi arahan pun lain lenggok bahasanya. Raisha perlu lebih kepada memujuk manakala Adib pula kena jelas dan mudah, tak boleh meleret-leret.


Raisha 5 Tahun

2 comments:

  1. Masing-masing ada tahap mereka tersendiri kan. Kita kena sentiasa peka dan bantu apa yang sepatutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..sebagai ibu, kita sokong pembesaran mereka dengan perkara-perkara positif

      Delete

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...