Blog Archive

September 24, 2016

Tanda - tanda Jahitan Episiotomi Anda Terbuka dan Komplikasinya



Jahitan terbuka memang menakutkan. Bagi yang pernah mengalaminya mesti akan panik dan trauma. Ini biasa berlaku kepada yang baru pertama kali bergelar ibu.


Sebenarnya episiotomi dan ceasarean adalah dua jenis luka yang memerlukan penjagaan sepanjang waktu. Tempoh yang memberi risiko untuk jahitan itu terbuka adalah dalam dua minggu selepas bersalin dan ianya hanya jika tidak dijaga dengan teliti.


Menurut Pakar Perunding O&G dari Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri Klang, Dr Khairiah Seman menyatakan bahawa kebanyakan kes jahitan terbuka adalah disebabkan jangkitan kuman pada luka bersalin.


Tanda-tanda Jahitan Terbuka

Ibu akan berasa sakit yang amat atau melebihi dua hingga tiga hari. Seingat Atiey, sakit akibat episiotomi hanyalah sekitar 2  hari sahaja. Jika kesakitan tu berlarutan, mungkin jangkitan kuman dah berlaku. Jumpa doktor segera untuk pastikan adakah jahitan tu dah terbuka atau sebaliknya.

Sekiranya ada tanda-tanda seperti bengkak, merah, bernanah atau keluar apa saja cecair yang berbau, kemungkinan besar jahitan telah terbuka.

Tanda yang paling besar adalah memang nampak jelas jahitan tu terbuka. Gunakan jari dan rasa dengan perlahan-lahan sekiranya sukar untuk melihat sendiri. Hanya kita yang tahu bagaimana keadaan pada hari pertama hingga hari seterusnya.

Testimoni Set Berpantang Sembuhkan  Luka Bersalin Dengan Cepat

Komplikasi Yang Berlaku Di Kawasan Jahitan Yang Terbuka

Jangan biarkan dan jangan harapkan agar ia sembuh sendiri kerana ia boleh menjadi punca tempat jangkitan merebak ke dalam badan. Ada kawan Atiey yang demam tau.

Bila luka  jahitan mengalami perkara yang tak sepatutnya, ia boleh menyebabkan sakit yang berterusan, sakit untuk mebuang air dan yang paling ditakuti ialah kesakitan jika melakukan hubungan kelamin.

 Bukan hanya itu saja malah ia boleh menyebabkan hubungan dengan bayi juga terganggu kerana sukarnya untuk meyusu badan bila sakit pada luka tersebut.


Namun janganlah susah hati kerana ada sesetengah kes, luka yang terbuka semula  boleh terus dijahit dan seterusnya ibu perlu bersihkan setiap hari.


Ada juga keadaan di mana ibu perlu mengambil  antibiotik untuk beberapa hari sehingga jangkitan tiada barulah jahitan semula dilakukan.


Sekiranya luka yang terbuka dibiarkan sembuh sendiri, ia akan meninggalkan parut yang tak cantik. Otot di sekitarnya juga tidak bercantum dengan baik dan tidak kuat.


Nak Luka Cepat Sembuh

Luka yang cepat sembuh memang diimpikan oleh semua ibu yang mengalami episiotomi ni.

Jadi penting sangat untuk ibu yang selepas bersalin mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat.

Atiey suka nak kongsikan yang sewaktu Atiey dalam pantang dulu dan memang kena episiotomi juga, Atiey amalkan Vitamin C Shaklee untuk bantu penyembuhan yang lebih cepat.Well you know ..vitamin C memang bagus kan.

Tapi, mungkin anda sedang mencari yang terbaik kan..


Baca Testimoni Set Berpantang Yang Menyembuhkan Luka Bersalin Dengan Cepat.


 Semoga apa yang Atiey kongsikan ni dapat membantu ye.

Nak Luka Pantang Cepat Sangat Sembuh, Walaupun Caesar? from iReach HD on Vimeo.


Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...