Panduan Menghindari Masalah Sakit Tulang Belakang

Berhati-hatilah ketika melakukan aktiviti yang melibatkan benda-benda berat seperti menolak , mengangkat dan menarik kerana jika tekniknya salah bakal memudaratkan tulang belakang kita.

Gambar: Google


Di sini ada beberapa cara dan kaedah untuk "menyelamatkan" tulang belakang dari cedera semasa melakukan kerja-kerja seharian.


Mengangkat barang



Bengkokkan kaki, bukan tulang belakang anda. Bawa beban rapat pada tubuh. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat.

Dapatkan bantuan orang lain sekiranya anda sukar untuk mengangkat berseorangan.


Duduk


Rapatkan punggung dan sandarkan belakang pada penyandar tempat duduk sepenuhnya untuk mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang.

Pastikan ketinggian tempat duduk sesuai dan kedudukan paha selari dengan lantai.

Campurkan aktiviti dengan senaman/regangan/berjalan.


Memandu


Duduk tegak dan gerakkan tempat duduk ke hadapan supaya lutut selaras dengan pinggang.

Sokong bahagian bawah belakang menggunakan tuala yang digulung atau penyokong jika perlu.


Tidur

Tidur di atas katil yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.

Apabila tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya bersentuhan atau apabila tidur menelentang, letakkan bantal di bawah lutut.


Berdiri dan Berjalan


Tukarlah posisi berdiri dengan kerap jika perlu berdiri lama.

Berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan dan luruskan belakang badan.

Berjalan dengan cara yang betul, dagu ke dalam, kepala tegak memandang ke hadapan dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan. Pakailah kasut yang mempunyai tumit rendah dan selesa.


Semoga bermanfaat untuk diamalkan.


Facebook: Attiey Mohamad
Fb Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...