5 Rahsia Penting Bantu Cegah Kanser Dari Awal



Penyakit kanser digelar pembunuh dalam senyap yang setakat ini masih tiada ubat tertentu untuk mengubatinya.Namun ada kajian yang telah dilakukan dari dulu hingga kini mendapati bahawa 1 per 3 kes kanser sebenarnya boleh dicegah dengan amalan pemakanan yang lebih sihat. 

Apapun, kita memang kena amalkan dari awal. Jangan kena dulu baru nak pantang itu dan ini. 
Antara beberapa saranan yang diberikan oleh pakar  dalam amalan pola pemakanan yang baik bagi membantu mencegah kanser dari awal ialah;

1-Kekalkan Berat Badan Ideal

Jangan biarkan badan anda jadi mangsa nafsu makan sebaliknya kawal pemakanan dengan baik. Bagi yang berbadan agak gempal, jangan berputus asa untuk terus mencapai berat badan ideal anda kerana usaha ini takkan sia-sia. Ia membantu anda mengurangkan risiko terhadap kanser serta mengurangi risiko kencing manis dan sakit jantung.

2- Aktif Olahraga

Bukan semua dari kita ada masa luang untuk berolahraga. Lagi-lagi bagi yang sibuk di pejabat dan juga di rumah. Namun, cuba gerakkan tubuh anda sekurang-kurangnya 30 minit sahaja setiap hari. Pergerakan dalam tempoh tersebut sudah cukup untuk mengurangi lemak, memberi kesihatan kepada jantung sekaligur mengurangkan risiko kanser. Buatlah apa saja gerakan yang sderhana seperti berjalan kaki, berlari di kawasan rumah, menaiki tangga dan sebagainya.

3- Makanan Menyihatkan

Jauhi makanan yang berlemak, tinggi kalori serta tinggi garam. Makanan dan minuman yang tinggi gula kalau boleh hindarkanlah. Begitu juga dengan makanan seperti daging terutama daging yang diproses. Amalkan makanan kaya serat seperti buah-buahna dan sayur-sayuran.

4- Pilih Produk Selamat

Pelbagai jenis produk yang ada di pasaran sekarang yang mana kandungannya juga tidak kita ketahui. Kadang-kadang selamat dan ada juga telah disekat penjualannya kerana boleh menyebabkan pelbagai komplikasi dalam jangka masa panjang. Pilihla produk yang selamat dan semulajadi.

5- Menyusui Selama 6 Bulan

Bagi kaum wanita yang telah melahirkan, ambil peluang tersebut untuk terus menyusui bayi anda sehingga 6 bulan atau lebih kerana ini adalah peluang baik untuk mengurangi risiko kanser. Bukan anda sahaja yang dapat manfaatnya, bayi juga dapat khasiat yang tak terhingga.


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

2 comments:

  1. Saya sangat bersetuju bahawa penyakit kanser berkait rapat dengan gaya hidup. Walaupun saya tak nafikan faktor genetik juga memainkan peranan penting.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...