Blog Archive

May 25, 2015

Petua Orang Lama Tetapi Menarik dan Berguna Untuk Diamalkan Sewaktu Dalam Pantang

Orang orang tua zaman dahulu sangat kaya dengan petua. Kalau di kalangan muda mudi sekarang petua ni dipanggil tips. Sama je sebenarnya. hehe.

Gambar sekadar hiasan
Petua mereka kadang-kadang kedengaran lucu, kadangkala macam tak logik. tapi percayalah ada sebabnya mengapa petua tu wujud. Cuma nenek-nenek kita tak reti nak jelaskan secara saintifik dan terang. Kita yang muda ni carila inisiatif kaji mengapa dan hasilnya pula.. Ye dokk?

1- Petua Segarkan Badan

Ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam. Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga hari ke 40 selepas bersalin.

2- Petua Naikkan Seri Wajah
Bersihkan beberapa ranting daun inai kemudian rebus dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.

3-Petua Kecutkan Rahim
Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya.Masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.

4-Petua Untuk Rawatan Dalaman
Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat.Kemudian perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Lakukan selama tiga hari seminggu sewakjang waktu berpantang. Hasilnya luka anda akan cepat sembuh dan wajah akan lebih berseri-seri.

5-Petua Tambah Susu Badan
Ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya kemudian rebus. Makan bersama-sama nasi dan amalkan selalu.

6- Petua Melegakan Bengkak Susu
Bersihkan daun kobis bulat dan sejukkan. Kemudian tekapkan pada payudara yang bengkak tadi. Biarkan selama beberapa minit.

Semoga petua ini dapat membantu anda untuk kembali sihat dan bertenaga. Namun begitu, perlu mulakan dengan kuantiti yang munasabah ye sebab kalau berlebih-lebihan bimbang memudaratkan diri pula.

Selamat mencuba

 

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...