Blog Archive

September 28, 2018

Tips Pujuk Anak Lelaki Belajar Pegang Pensel


Teruja pula kali ni nak cerita tentang lukisan kat atas ni. Kalau dilihat, memang tak ada apa istimewanya. Cuma lukisan dua ekor lembu yang diwarna dengan gaya kanak-kanak saja.

Tetapi sebenarnya ini adalah sesi mewarna paling berjaya Muhammad Adib. Bukanlah dia warnakan keseluruhan lukisan. Hanya seekor lembu yang di bawah tu aje.

Sebelum ni, Adib hanya akan conteng sebahagian dan selebihnya umi akan jadi anak murid. Situ biru sini merah. Tetapi kali ni nampaknya Adib dah mula fokus sedikit demi sedikit.

Biasalah, setiap anaknya kecenderungan dan minatnya tak sama. Macam Raisha, lebih sukakan lukisan. Kalau dapat kertas kosong, macam-macam daya imaginasi akan terlakar atas kertas tu.

Adib pula lebih ke arah gerakan fizikal dan kadangkala audio.


Bagaimana Nak Pujuk Anak Lelaki Pegang Pensel?

Sememangnya ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita ajar seorang kanak-kanak memegang pensel dengan betul lebih-lebih lagi jika anak-anak jenis yang suka melasak dan aktif.

Dari awal, sebelum perkenalkan anak-anak dengan pensel, berikan mereka permainan yang bertekstur. Contohnya bahan-bahan yang mempunyai permukaan dan boleh merabgsang deria sentuh mereka. Sekarang ni banyak dijual alat-alat yang berunsurkan sensory macam tu.

Kedua, galakkan mereka bermain Lego. Menyusun dan membina.Biarkan mereka memegang blok-blok dengan betul. Ia juga melatih kemahiran motor mereka.

Ketiga, Jangan dilupakan untuk memberi peluang anak-anak makan dan minum sendiri dari cawan serta pinggan mereka. Apa yang saya perhatikan,semakin awal kita melatih mereka makan sendiri, makin mudah untuk mereka mahir menggunakan tangan kecil mereka.

Keempat, berikan kertas dan pensel warna. Ajak anak-anak menconteng bersama-sama. Untuk permulaan, barkan mereka bebas "melukis" corak mereka sendiri. Biaarkan dulu mereka memegang pensel warna sesuka hati mereka. Namun setelah beberapa  tempoh, sekali-sekala betulkan cara mereka memegang pensel warna tersebut.

Kelima, apa yang terapkan adalah buat bersama-sama.Maknanya kita sama-sama melukis dan mewarna.Jika ada anak-anak yang lain, ajak mereka turut serta untuk menarik minat anak yang baru belajar tadi. Jangan memaksa kerana ia hanya akan mengurangkan minat mereka.

Setiap anak lain caranya tetapi jika berguna, cubalah tips ini. 


No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...