Blog Archive

September 19, 2018

Ibu Hamil Boleh Naikkan Hb Jika Amalkan Makanan Dalam Senarai Ini

Pertama kali hamil, masalah Hb rendah mungkin tak terlalu ketara. Namun selari dengan meningkatnya umur kita, badan mula melalui proses tertentu yang boleh menyebabkan zat besi tidak dapat diserap secara optimum.

Keadaan macam ni boleh menyebabkan berlakunya masalah kekurangan  hemoglobin ketika hamil.

Jangan pandang ringan bila nurse di klinik kesihatan mula mengingatkan kita tentang perkara begini. Biasanya doktor akan mula memberikan supplement zat besi untuk membantu bacaan Hb kita lebih baik.

Selain bantuan supplemen yang doktor berikan, ibu-ibu boleh mengamalkan beberapa jenis makanan yang dapat membantu seperti:


1. Daging Merah
Daging merah antara sumber zat besi yang mudah diserap oleh badan kita. Ia boleh membantu mengatasi masalah anemia ketika hamil. 


2. Brokoli
Banyakkan pengambilan sayuran hijau kerana ia mengandungi  vitamin, zat besi dan folat. Tahu tak brokoli  mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan? 


3. Bayam
Pasti ramai yang dah tahu bahawa bayam merupakan makanan paling baik di kalangan sayuran untuk ibu hamil. Bukan hanya bayam merah malah bayam hijau juga membantu ibu menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia.


4. Pisang
Suka makan pisang? Teruskan pengambilan pisang ketika hamil. 2 biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil. Manfaat folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan penghasilan sel-sel baru.


5. Kekacang
Gantikan kudapan yang kurang baik pada kekacang kerana ia adalah satu sumber untuk mencegah anemia.


6. Hati

Makan hati ayam secara sederhana dan tidak terlalu keap juga disyorkan kerana dipercayai dapat menambah kepekatan darah. 


7. Kerang

Tambahkan menu kerang dalam menu harian ibu kerana kerang juga terkenal dalam senarai untuk mencegah anemia. 


8. Telur

Makanan paling mudah disediakan iaitu telur terutama bahagian kuningnya mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukan pengidap anemia. Amalkan mengambil kuning telur untuk  mengekalkan jumlah hemoglobin yang ideal dalam darah.


9. Oat

Sarapan dengan oat memberi faedah kerana oat boleh melawan anemia semasa hamil dengan memberikan mineral yang diperlukan tubuh badan berserta zat besi. Jika ibu tiada masalah angin, masukkan oat dalam menu sarapan.


10. Buah Delima

Buah delima  sinonim dengan ibu hamil. Selain bertujuan untuk kepintaran, delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah. Kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia. Jika mahu mengambil jus delima, pastikan tidak mengandungi gula tambahan.


11. Madu

Gantikan gula dengan madu sebagai pemanis makanan sekiranya mengalami  masalah anemia ketika hamil.


12. Kurma

Bukan hanya untuk juadah berbuka puasa tetapi kurma boleh diamalkan ketika hamil untuk meningkatkan penghasilan sel darah merah. Hadkan pengambilan. Jangan terlalu banyak pada suatu masa kerana ianya manis.


13. Kismis

Pilig kismis yang agak berkualiti dan nikmatinya secara sederhana, setiap hari. Kismis juga mampu mengatasi masalah anemia ibu.


No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...