Mak mertua saya sangat bimbang kalau-kalau beliau ada penyakit kencing manis ni tanpa disedari. Setiap kali tersepak sesuatu dan luka kakinya, pasti risau katanya. Bimbang kalau-kalau lambat sembuh dan luka berpanjangan.
Maklumlah, umur pun dah masuk 60 an, jadi ada logik juga kebimbangan beliau terhadap penyakit kencing manis ni kan.
Kalau nak tahu, penyakit kencing manis ni ada simptom-simptom yang kita boleh jadikan sebagai tanda-tanda iaitu;
Sering Haus dan Kerap Buang Air Pada Waktu Malam
Wujudnya kandungan glukosa yang lebih tinggi dari sepatutnya menyebabkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memproses dan menyebabkan seseorang tu kerap kencing. Bila selalu kencing dan badanpun banyak kehilangan air, makan akan terasa pula dahaga.
Saya pernah melihat sendiri kawan baik yang mengalami situasi macam ni. Minum air punya banyak tau dan sekejap lagi ke tandas pula. Kami sangka kerana cuaca panas yang jadi punca. Bila buat pemeriksaan, kawan saya sendiri terkejut dirinya sedang mengalami masalah diabetis dan terpaksa menggunakan jarum untuk cucuk insulin.
Turun Berat Badan Dengan Cepat
Benar, sangat mengejutkan apa yang berlaku pada kawan kami bila beliau makan macam biasa tetapi berat badan semakin menyusut.
Mungkin pada mulanya ia keadaan yang best sebab konon-konon boleh kurus tetapi awas ye jika anda mengalami keadaan begini tanpa sebab.
Jika ianya kerana kencing manis, sebenarnya badan anda gagal untuk memproses glukosa dalam darah sebagai tenaga. Jadi ia mula memecahkan otot dan lemak untuk ditukarkan kepada tenaga.
Penglihatan Kabur
Bentuk kanta mata boleh berubah akibat dari kandungan glukosa yang tinggi dalam darah seseorang. Ia menyebabkan pandangan semakin kabur dan jika dibiarkan boleh mengakibatkan masalah yang lebih serius iaitu buta.
3 simptom di atas adalah antara yang biasa kita ketahui. Ada lagi tanda lain seperti kebas pada aki juga tangan dan masalah luka yang lambat sembuh seprti yang saya sebutkan pada awal tadi.
Rawat Masalah Tanpa Ubat
Menurut sumber dari Kementerian Kesihatan, ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk merawat masalah kencing manis di rumah, tanpa menggunakan ubat iaitu;
1/Menjaga Kebersihan Diri
Mandi setiap hari dan keringkan seluruh tubuh. Jika ada anggota yang luka dan calar, rawat dengan segera tetapi sekiranya tidak sembuh dalam masa 2-3 hari, perlu jumpa doktor.
Cuci kaki anda setiap hari dan bersihkan dari kotoran. Keringkan dengan baik terutama d bahagian celahan kaki. Perhatikan jika ada perubahan warna pada kaki, luka, kulit menggelembung, melecet atau sebagainya.
Cara memotong kuku disarankan agar melintang. (Kadang-kadang ada yang suka potong ke dalam. kalau boleh nak buang yang kat tepi-tepi kan). Utamakan kebersihan dengan memakai stokin yang baru dan bersih setiap hari. Bukan stokin yang baru beli ye tetapi baru pakai. Semestinya menggunakan alas kaki apabila berjalan. Jika keluar, pilih kasut yang selesa dan tidak ketat.
3/Menjaga gigi
4/Membuat pemeriksaan mata secara berjadual.
5/Jauhi alkohol
6/Elakkan merokok
7/Selalu bersenam mengikut keupayaan
8/Mengawal berat badan
Cara memotong kuku disarankan agar melintang. (Kadang-kadang ada yang suka potong ke dalam. kalau boleh nak buang yang kat tepi-tepi kan). Utamakan kebersihan dengan memakai stokin yang baru dan bersih setiap hari. Bukan stokin yang baru beli ye tetapi baru pakai. Semestinya menggunakan alas kaki apabila berjalan. Jika keluar, pilih kasut yang selesa dan tidak ketat.
3/Menjaga gigi
4/Membuat pemeriksaan mata secara berjadual.
5/Jauhi alkohol
6/Elakkan merokok
7/Selalu bersenam mengikut keupayaan
8/Mengawal berat badan
Baca juga Tips Mengawal dan Mencegah Diabetes
Jangan sesekali tinggalkan atau 'skip' apa jua ubat yang telah dibekalkan oleh doktor anda. Penyakit ini adalah satu penyakit yang peru dipandang serius. Namun, sokonglah kesihatan tubuh dengan makanan-makan yang sihat dan senaman yang mengeluarkan peluh.
Semoga sharing ini bermanfaat untuk anda.
Spread the Healths
Attiey Mohamad Napi
No comments:
Post a Comment