Blog Archive

April 24, 2018

Bacaan Kolestrol Normal


Bagaimana cara nak tahu bacaan kolestrol yang betul dalam badan kita?

Sebenarnya apabila kita lakukan ujian untuk mengetahui bacaan kolestrol dalam darah, ia merangkumi bacaan untuk  4 perkara iaitu;

1- Jumlah kolestrol secara keseluruhan
2- HDL Kolestrol (Kolestrol Baik)
3- LDL Kolestrol (Kolestrol Jahat)
4- Trigliserida




Saranan untuk  berpuasa selama 9 hingga 12 jam adalah untuk memastikan ketepatan keputusan yang dibuat.

Dalam jumlah kolestrol secara keseluruhan, perhatikan tahap HDL Kolestrol, LDL Kolestrol dan Trigliserida untuk lebih memahami keadaan kesihatan anda.


Jumlah Kolestrol
Jumlah kolestrol yang bagus adalah bacaan di bawah 200mg/dL.
Sekiranya bacaan antara 200mg/dL hingga 239mg/dL, ia berada di dalam situasi berjaga-jaga kerana "borderline".
Apabila bacaan mencapai 240mg/dL, bacaan tersebut adalah tinggi.


HDL
Bawah 40mg/dL  (Lelaki) - Tidak bagus
Bawah 50mg/dL  (Wanita)- Tidak bagus

40mg/dL - 49mg/dL  (Lelaki) - Bagus
50mg/dL - 59mg/dL  (Wanita) - Bagus

60mg/dL ke atas  (Lelaki & Wanita) - Terbaik


LDL
Bawah 100mg/dL - ideal
100mg/dL - 159mg/dL - Borderline
160mg/dL - 189mg/dL - Tinggi
190mg/dL ke atas - Sangat tinggi (Tidak bagus)


Trigliserida
Bawah 150mg/dL - Bagus
150mg/dL - 199mg/dL - Borderline
200mg/dL - 499mg/dL - Tinggi
500mg/dL ke atas - Sangat tinggi (Tidak bagus)


Nilai bacaan 100 mg/dL atau lebih rendah adalah kadar jumlah kolestrol normal dalam darah yang disyorkan oleh Persatuan Jantung Amerika (AHA). Bacaan begini dapat menyokong fungsi jantung untuk jadi lebih sihat.

Perlukah bacaan kolestrol dipantau?

Sekiranya anda mempunyai sejarah ahli keluarga yang mengalami masalah kolestrol tinggi, tidak salah untuk anda berjaga-jaga. Namun jika anda memang pernah mengalami stoke sebelum ini, maka memang wajib untuk lebih berhati-hati dan kawal paras kolestrol anda.

Begitu juga andai anda menghidap diabetes dan mempunyai salur darah yang tersumbat di kawasan leher, lengan atau kaki.

  • Kawal apa yang kita makan setiap hari dan kurangkan makanan manis.
  • Elakkan makanan proses dan banyakkan bersenam.
  • Jangan lupa minum air secukupnya dan tinggalkan rokok serta alkohol.


Anda juga boleh mengamalkan pengambilan asid lemak Omega 3 untuk membantu meningkatkan HDL  kolestrol (lemak baik) dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung.

Saya sarankan Omega Guard untuk sumber Omega 3 terbaik.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...