Blog Archive

January 1, 2018

Bolehkah Kembali Pulih Setelah Disahkan Pre-diabetes?

Secara normal, badan kita akan mengeluarkan insulin untuk memproses gula dalam darah untuk ditukarkan kepada tenaga. Namun, dalam kes pre diabetes, insulin yang ada dalam badan kita kurang sensitif untuk mengesan gula dan boleh dikatakan insulin malas. Ia juga disebut sebagai rintangan insulin. Ini menyebabkan gula dalam darah agak tinggi sedikit  sekitar 5.6 hingga 6.9 mmol/L. Tetapi ia tidak terlalu tinggi hingga berada di bawah kategori diabetes.



Dalam kes pre diabetes ni, ia bermaksud pesakit berisiko mendapat diabetes mellitus tetapi belum mengalaminya buat masa itu. Biasanya tidak memerlukan ubat dan cuma disarankan agar melakukan senaman serta menjaga pemakanan. 


Bagaimana boleh berlakunya rintangan insulin?

Sumber:  persoalandiabetes


Secara ringkasnya kita boleh faham begini. Setiap hari kita makan hidangan yang tinggi karbohidrat. Ia menyebabkan gula tinggi dalam darah dan menyebabkan insulin juga diperlukan dalam kuantiti yang banyak juga. Gula dalam darah akan turun dengan cepat dan bila kita tak bersenam, gula tak digunakan sebagai tenaga dan disimpan sebagai  lemak. Kemudian, kita akan lapar lagi. Cepat lapar.

Proses yang sama berulang dan menjadi salah satu penyebab insulin badan jadi tidak sensitif lagi.


Apakah kesan yang berlaku apabila kandungan insulin tinggi dalam darah?

1- Meningkatkan penghasilan trigliserida.
Ia menyebabkan darah kita menjadi makin pekat, kolestrol baik menurun, meningkatkan kolestrol jahat (LDL) dan menyebabkan berlakunya obesiti.

2- Salur darah boleh menjadi mengeras kerana terjadinya plak pada arteri dan menyumbang kepada kemerosotan kelancaran darah. Jika ini berlaku, ia meningkatkan risiko  mendapat penyakit jantung.

3- Insulin yang banyak di dalam darah menjadi penyumbang berlakunya peningkatan penghasilan lemak. Masalah ini membawa pula kepada peningkatan kolestrol dan akhirnya meninggikan risiko mendapat penyakit jantung.


Ketiga-tiga kesan di atas semuanya membawa kepada masalah yang kita semua mahu hindari. 
Boleh, ada caranya iaitu;

1. Turunkan berat badan
Kajian menyatakan bahawa masalah insulin dan obesiti sangat saling berkait. Jadi, dengan menurunkan berat badan, insulin mampu berfungsi dengan lebih baik.

2. Ambil makanan yang seimbang dan sihat

- pilihan sumber karbohidrat yang rendah indeks glisemik supaya kandungan gula dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam darah.

- kurangkan makan yang tinggi lemak, tinggi kolestrol dan tinggi garam

- elakkan pengambilan lemak trans

- amalkan asid lemak omega 3 yang terbaik dari minyak ikan, bukan minyak hati ikan.

- makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

- jauhi makanan proses dan makanan ringan.

- ambil protein berkualiti tinggi setiap hari iaitu protein yang dihasilkan dari sumber tumbuh-tumbuhan kerana tidak mengandungi lemak.

- minum air 1liter untuk setiap 20kg . Jika berat badan 60kg = 3 liter sehari.

- elakkan penggunaan bahan perasa MSG.

- jauhi/ berhenti merokok

- jauhi/berhenti minuman keras

- kawal tekanan / stress kerana ia akan menyebabkan badan terpaksa mengguna nutrisi yang ada dalam badan.

- lakukan  senaman dengan lebih kerap kerana ia membantu sel badan supaya lebih sensitif pada insulin. 


3. Mengamalkan makanan tambahan yang sesuai.

- ALA (komponen dalam Omega 3). Ia merupakan mineral penting yang membantu enzim tubuh kita berfungsi dengan lebih berkesan.

- Kromium. Boleh membantu mengawal gula dan membantu insulin bekerja dengan lebih baik.

- Magnesium. Ia membantu tindakan enzim dalam badan kita.



Blood Clot

- Antioksida (vitamin A, C, E). Membantu menjaga saluran darah daripada terjadinya pembentukan plak dan mengelakkan berlaku blood clot.

- Coenzyme Q10 untuk menjana tenaga dalam sel. Bila sel kuat dan sihat, sistem badan boleh berfungsi dengan baik.


Semoga dengan mengamalkan semua yang disarankan di atas, keadaan pesakit pra diabetes akan lebih baik dan masalah kerintangan insulin boleh kembali pulih.


No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...