Blog Archive

December 23, 2017

Demam Tinggi dan Disyaki Denggi

Dapat tahu petang semalam adik ipar masuk wad di Hispital Sungai Buloh kerana demam tinggi. Suhu badan 40 darjah celcius dan menggigil. Tapi bila siang je ok. Cuma demam malam. Dahla adik ipar sedang mengandung sekarang ni.


So hari ni dalam pukul 11 kitorang gerak dari rumah. Bajet sampai kat sana dah boleh masuk melawat. Parking alhamdulillah mudah dapat. Memang selalu minta Raisha doakan abinya dapat parking bila start jalan. Maklumlah, doa budak-budak ni mustajab juga. Mak ambil peluang. 

Dah sampai situ, anak-anak dengan suami. Kebetulan memang budak takleh masukkan, jadi tunggulah di lobi. Secara peribadi, memang atiey pun tak berapa suka nak bawak anak-anak p hospital ni sebab kita tahu sistem pertahanan diorang pun tak sekuat kita. Cegah lebih baik dari mengubati. Lagipun hospital memang ramai orang sakit.Nanti dah besar sikit, mak ajar p ziarah.

Adik ipar ditempatkan dalam wad gynea. Khusus untuk ibu hamil. Masih dalam pantauan walaupun dah tak demam. Asyik kena ambil darah je katanya. Yelah kan sebab dah suspek denggi. Macam adik dulu pun macam tu. Sampai dah naik bosan kena ambil darah. Alhamdulillah adik ipar nampak ok cuma risau bila demam malam tu. Sampai menggigil-gigil.

Adab menziarah orang sakit, tak boleh lama-lama. Kena bagi ruang untuk berehat. Kebetulan waktu lunch, kasi can lah adik ipar makan. dah salam-salam, Atiey terus turun. Ingatkan nak ambik gambar sikit sebab taman dia cantik gak tapi rupanya si kecik tu dah meragam. Nakkan Si Heli- Robocar Poly. Haish..nilah jadinya bila setiap kali jumpa kedai dapat barang mainan. 

Disebabkan kat rumah adah ada Heli tu, kitorang tak layan. Tak bagi. Cakap elok-elok tak boleh. Apa lagi, menangislah dia kesedihan. Tapi itu drama biasa budak-budak. Lagipun bukan semua benda anak mau, kita kena bagi kan. Belajarlah bersyukur dengan apa yang dah ada nak oiii. 

Berjalanlah terhuyung hayang sambil mata berjuraian air mata. Hehe.

Kami harap sangat result darah  adik ipar yang akan dapat petrang ni, negatif denggi. Aamiin 

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...