Assalamualaikum..
Salam Jumaat semua. hari hujan rahmat turun dari pagi tadi sampailah selesai solat Jumaat kat kawasan rumah ni. Alhamdulillah. Sejuk dan segar rasanya bila bau-bau rumput singgah ke hidung selepas tu.
Dua tiga minggu ni, wall fb atiey selalu dipenuhi dengan cerita-cerita yang mengispirasikan. Kisah bagaimana ibu lima anak yang berusaha untuk mengubah keadaan kewangan sehingga sanggup ditolak mentah-mentah ketika berdiri di depan pagar rumah sewaktu nak membuat penghantaran. kalau nak diikutkan rasa kecewa, mungkin ibu ini terus berhenti kesana-sini membuat COD tetapi kerana cekalnya dia, income 6 anngka sebulan dalam genggaman kini.
Kisah yang lama attiey "follow" menjadi impian attiey juga untuk mencontohinya. Seorang isteri ni, berusaha siang malam membangunkan empayar sendiri hanya semata-mata untuk melihat sang suami berada bekerja berganding bahu bersama-sama. Tiada lagi office hour di luar rumah 9-5 setiap hari. Tiada lagi bersesak-sesak di jalan sebelum mentari memancarkan cahaya. Dengan kewangan yang kukuh, sang suami akur untuk sama-sama berpegangan tangan menuju impian isteri. Jadilah mereka pasangan Working at Home Mother & Father...dan kini Working On The Road Mother & Father pula.Tahun lepas sahaja mampu memiliki Vellfire dengan cash payment. Alhamdulillah, mereka berjaya.
Kita hanya melihat dari sisi yang indah-indah kerana kita tak nampak peritnya pengorbanan mereka kan? Kita nampak kaki mereka yang bergoyang senang lenang sekarang tapi kita tak mampu nak mengintai pengorbanan mereka sebelum ni. Entah sempat ke tidak kaki-kaki itu berpijak dek hanya tidur di mana yang sempat saja.
Kepada adik-adik yang sedang mencari arah tuju, cara terbaik untuk berjaya, jangan bertangguh dan jangan malas. Jangan pula hanya bermimpi. Usahalah secekal mungkin. nasihat ini attiey tujukan juga buat diri sendiri yang masih lagi bertatih mendaki tangga kemenangan. Usah takut dicemuh kerana ia adalah asam garam kejayaan.
Ingatlah, utamakan hak Allah SWT dan pastinya Dia akan membantu kita. Jangan kita pertikaikan apa yang Allah SWT belum beri tapi syukurilah apa yang telah Dia bagi. Setiap hari baru adalah peluang untuk kita terus mencuba.
Semoga kejayaan adalah milik kita.
No comments:
Post a Comment