Blog Archive

July 4, 2017

Sukan PASTI Raisha 2017



Acara wajib setiap tahun bagi anak-anak PASTI adalah sukan atau lagi tepat kita sebut sukaneka.  Acara ni dah lama. Awal tahun hari tu lagi. Tapi semalam baru jumpa balik gambar, terus buat entri lah.

Tahun 2017 sukanekanya macam hanya ambik syarat buat sukan sebab ada 3 acara je untuk  setiap murid. Mungkin sebab nak pendekkan masa kot. Kalau nak banding tahun 2015 dulu, agak banyak acara dan habis dalam pukul 1 lebih. kali ni habis dalam pukul 11 lebih kalau tak silap.

Pembahagian hadiah pun lebih cepat dan semua dapat pingat. Semua pingat adalah "Tempat Pertama" dan semestinya warna Gold. Hehe.. Oklah tu, budak-budak suka.

Tahun depan Kakak dah 7 tahun. Masuk tahun 1 nanti macam mana lah ye agaknya. Cepatnya masa berlalu. 

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...