Kolagen bertindak seperti "gam" yang mengikat tubuh kita dan ia ditemui dalam otot, tulang, tendon dan paling banyak dalam kulit. Kolagen ni dikenali kerana manfaatnya kepada kulit, seperti menjadikan kulit kita lebih tegang, elastik dan gebu, mengecilkan liang pori, mengurangkan kedutan dan garis halus, merangsang kulit supaya lebih cerah dan licin, kuku yang kuat serta rambut yang lebat dan bersinar.
Pengeluaran kolagen secara semula jadi berkurangan apabila umur bertambah, menyebabkan kulit kendur, kedutan dan garis halus terbentuk dan rawan pada sendi menjadi lemah.
Terdapat 29 jenis kolagen dan 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan IV.
Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponene utama tulang) dan gigi.
Kolagen II pula pada tulang rawan (komponen utama tulang rawan) , mata.
Kolagen III terdapat pada reticulate (komponen utama retikular serat). rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati, jantung, tulang sumsum, arteri, kulit, usus dan rahim.
Kolagen IV membentuk asas kepada sel membran dasar ( serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
Kolagen V pula pada permukaan sel, rambut dan uri.
FUNGSI KOLAGEN
1- Menghasilkan asid amino penting seperti;
- lysin, prolysin dan glysin yang diperlukan oleh tubuh secara khusus untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
- hydroxyprolin - memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin serta melembapkan kulit.
- alanin, prolin dan asparagin pula menstabilkan struktur, melembap, menegang dan menganjalkan kulit.
- arginin memudahkan untuk tidur nyanyak dan menghasilkan pola tidur.
2- Mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik
3- Melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif
4- Menegang, menganjal dan melembapkan kulit
5- Menampung air dalam tubuh
6- Meningkatkan penyerapan kalsium
7- Menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
8- Meningkatkan isyarat induksi
9- Menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
No comments:
Post a Comment