Blog Archive

March 4, 2017

6 Hormon Penyebab Kenaikan Berat Badan

Dalam badan kita ni ada banyak hormon. Paling biasa yang ramai orang tahu adalah  hormon lelaki (testosteron), hormon wanita (progesteron), insulin dan adrenalin.



Tapi tahu tak ada 6 hormon yang boleh menyebabkan berat badan meningkat?


  • Kortisol (hormon yang dirembes bila stress)
  • Tiroid (mengatur metabolisme)
  • Leptin (memberitahu perut sudah penuh)
  • Ghrelin (menghantar signal lapar ke otak. Ia akan meningkat jika kita kurang tidur)
  • Glukagon dan insulin ( mengatur gula darah)
  • Estrogen (salah satu hormon utama wanita)

Kalau macam tu, macam mana nak kurus? Apa kata cuba bakar 500 kalori sehari.

Bila bersenam, ia merupakan proses menurunkan berat badan. Tetapi ia tak bermakna kita boleh makan apa sahaja. Tanamkan dalam minda, berlari selama 30 minit ( 10 minit untuk 1.6km) sebanyak 270 kalori akan terbakar.


Untuk menurunkan setengah kilo seminggu, kita perlu membakar 500 kalori. Ini bermakna selain bersenam, kita harus mengurangkan 220 kalori daripada diets seharian. Caranya ialah dengan fokus kepada saiz hidangan sihat sepanjang hari.


Featured Post

Bisnes Menguntungkan Untuk Diwarisi

Baru- baru ni mentor akak  bagitahu beliau baru je selesai attend meeting bersama Amanah Raya. Hrmmm...apa pulak kaitan Shaklee dengan Am...