Blog Archive

March 23, 2016

7 Cara Hindari Bahaya Strok Haba

Selepas fenomena gerhana tempoh hari, isu strok haba ni makin menjadi-jadi dan jadi perhatian semua termasuk pihak sekolah, golongan pekerja dan semestinya ibu bapa.

Keadaan makin memancing  perhatian bila satu kematian dah dilaporkan setakat ni termasuk beberapa kes kelesuan dan yang berkaitan punca yang sama. Mana taknya, fenomena El Nino ni menyebabkan suhu boleh mencecah sehingga  40 darjah Celsius disebabkan oleh matahari yang terletak secara langsung di atas garisan Khatulistiwa.

Jangan buat tak tahu je tau. Kena ambil serius sebab ia boleh menyebabkan penyahhidratan dan strok haba atau heat stroke. Gejala strok haba ini boleh membawa kepada kematian. 
Bagaimana ia berlaku?
Strok haba ni terjadi apabila badan kita mencapai paras suhu sehingga bacaan 40.5 darjah celsius. Tinggi ni tau kerana kalau nak ikutkan suhu normal kita hanyalah 37 darjah Celsius je.
Punca strok haba adalah kerana pendedahan yang berpanjangan terhadap cuaca dan suhu panas, kurangnya minum air serta berlaku dehidrasi pada badan.

Kementerian Kesihatan menggariskan beberapa panduan menghadapi fenomena cuaca panas yang mesti diamalkan oleh anda seisi keluarga.

1. Elak keluar rumah semasa matahari sedang terik iaitu antara pukul 10 pagi hingga 3 petang.

2. Kurangkan aktiviti di luar terutama melibatkan aktiviti fizikal yang boleh menyebabkan berlakunya dehidrasi.

3. Pakai pakaian yang menyerap peluh dan elakkan memakai pakaian yang tebal, ketat dan berwarna hitam/gelap ketika cuaca panas. Pakaian gelap akan meningkatkan cepat berasa panas dan berpeluh.

4. Jika berada di luar rumah gunakan payung atau topi.

4. Minum banyak air sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

5. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurangkan pengambilan makanan yang berminyak, terlalu keras, terlalu manis dan daging merah yang boleh meningkatkan lagi suhu badan.

6. Jika badan terlalu panas, mandi dengan air suam. Air yang sejuk akan menyebabkan otot mengecut kuat dan kita mengalami rasa sakit badan.

Cara yang ke tujuh adalah ;

7. Amalkan minum Performance drink untuk membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tak kekeringan. Lagipun, ianya baik untuk sistem neruromotor (tindak balas saraf dan otot). Istimewanya PD ni ia mencegah penyahhidratan dan mengekalkan paras gula darah.



PERFORMANCE DRINK wajib ada kat rumah & jadi hidangan utk satu family. Terbukti secara klinikal utk rehidrasi & memelihara kulit di kala cuaca panas.

Jangan dilupakan hal ini. Beri lebih perhatian jika ahli keluarga kita mengalami selsema, batuk, asma, jangkitan paru-paru dan penyakit kronik lain. Dapatkanlah rawaran segera di klinik atau hospital berhampiran.

Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...