Blog Archive

March 24, 2016

Amalkan 10 Jenis Makanan Ini Untuk Tingkatkan Kesuburan

Sukar hamil?
Dah cuba cara yang doktor, kawan-kawan, teman sekerja sarankan?

Apa kata cuba fikirkan semula bagaimana dan apa yang anda makan. Kenapa? Kerana faktor pemakanan juga memainkan peranan untuk kesuburan setiap suami dan isteri. Ada jenis makanan yang boleh meningkatkan kesuburan dan perlu diamalkan oleh mereka yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.


1. Bayam

Berapa kali anda makan bayam dalam sebulan? Bayam serta sayuran hijau berfungsi menambah keperluan asid folik di dalam badan. Asid folik sangat penting dalam pembentukan sperma dan telur yang sihat. Bayam juga kaya dengan vitamin C dan zat besi yang dapat berfungsi meningkatkan kualiti sperma dan menjaganya agar tetap sihat.

2. Avokado

Buah ni bukan senang nak dapat. Kadang tu kena p pasaraya tapi tahu tak sebiji avokado mengandungi konsentrasi kalium yang jauh lebih banyak berbanding sebiji pisang. Kalium sangat penting untuk menjaga fungsi saraf. Ia juga dapat membantu memulihkan otot, meningkatkan kekuatan dan daya tahan badan anda.

3. Madu

Madu adalah makanan yang dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Zat yang terkandung di dalam madu sangat mudah untuk dicerna dalam darah. Satu sudu waktu pagi sebelum gerak ke pejabat mungkin tak susah kan.

4. Asparagus

Sayuran ini mengandungi asid amino asparagines yang berfungsi merangsang buah pinggang dan membuang sisa metabolism dalam badan. Ia turut mempunyai zat lain yang dapat meningkatkan peredaran darah dan membantu melepaskan lemak yang berada di pembuluh darah. Boleh goreng tapi jangan sampai terlebih masak pulak nanti khasiatnya berkurang.

5. Tiram

Hidupan laut ini mengandungi zat besi yang amat penting bagi kesihatan ovulasi dan produksi sel telur yang stabil. Selain tiram, zat besi juga terkandung dalam telur, biji-bijian dan kacang. Jadi, bagi yang tak boleh makan seafood, beralihlah kepada telur, bijian atau kekacang.

6. Halia dan lengkuas

Suka makan tomyam? Haa...makan sekali halianya tau. Sineol merupakan zat yang terkandung di dalam halia. Ia berfungsi sebagai pencegah ejakulasi diri, merangsang ereksi dan melancarkan peredaran darah. Begitu juga dengan lengkuas yang memiliki fungsi sama seperti halia.

7. Kurma

Kurma antara makanan sunah baik untuk diamalkan. Ia boleh meningkatkan kesuburan untuk anda dan pasangan.

8. Bawang putih

Bawang putih mempunyai khasiat boleh meningkatkan kesuburan orang lelaki.

9. Kubis, lobak merah, brokoli, kacang hijau, keledek merah

Semua ini mengandungi banyak zat dan khasiat yang boleh membetulkan kitaran haid, mengimbangkan hormon subur dan seterusnya meningkatkan kesuburan. Ia benar-benar baik untuk membantu meningkatkan jumlah sperma. Ia kaya dengan selenium dan mampu meningkatkan hormon testosteron.

10. Betik, jambu batu, buah naga, tembikai, buah limau nipis

Kaya dengan kandungan vitamin khususnya vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburan.

Di samping mengamalkan pemakanan meningkatkan kesuburan, anda juga perlu menghindarkan beberapa jenis makanan yang menghalang kesuburan.

Klik Untuk Lebih Jelas

Buat beberapa ketika hindari makanan yang mengandungi merkuri. Biasa dengar tak ikan laut dalam yang besar kadangkala mengandungi merkuri? Buat sementara lupakan dahulu mekerel dan beberapa ikan yang bersaiz besar tu.

Kmudian cuba makan makanan yang dimasak sahaja atau lebih tepat lagi hindari makanan proses seprti keropok, nuget, sosej dan sebagainya.Makanan ringan dan makanan segera perlu dielakkan kerana ia hampir tiada zat yang baik untuk bakal bayi anda.

Bagi kaum perempuan, suka sangatkan dengan asam atau jeruk buah tu. Tahu tak makanan tersebut tergolong dalam golongan makanan yang melalui proses pemeraman atau awet? Makanan yang diawet biasanya seperti makanan dalam tin juga tidak elok untuk diamalkan bagi anda yang ingin hamil.

Lupakan seketika segala menu minuman berkafein anda ataupun perlahan-lahan kurangkan sedikit demi sedikit. Lagipun, jika anda berjaya hamil kelak, doktor pun akan nasihatkan benda yang sama. Jadi, apa kata hindari awal-awal untuk kesihatan bakal zuriat anda.

Dah pilih makanan yang disarankan, tak lupa untuk amalkan Supplemen Untuk Subur, Suami dan Isteri.

Bukan maksudnya salah seorang ada masalah tetapi untuk lebih menyediakan tubuh seseorang sama ada suami atau isteri untuk lebih bersedia dan mempercepatkan prosesnya.



Untuk isteri, Attiey  cadangkan ESP dan GLA Complex.
ESP ni selain pembekal tenaga, ia membantu anda membina sel-sel yang berkualiti. Jadi,bila badan bakal ibu sihat, peluang untuk hamil lebih mudah.
GLA Complex pula membantu menghasilkan cecair serviks yang subur supaya sperma dapat menuju ke arah telur dan melakukan proses seterusnya.

Vita-E Complex pula syorkan untuk suami kerana ia akan membantu;
  • memberi lebih tenga (seksual)
  • ereksi yang lebih lama
  • mudah terangsang
  • libido yang lebih kuat
  • orgasma yang lebih kerap
  • meningkatkan pengeluaran air mani
  • sperma bergerak ke depan dan juga membentuk sperma yang lebih sempurna
Bagaimana dengan Zinc Complex pula?
Vitamin E ni memang saya syorkan untuk diamalkan bersama Zinc Complex kerana ia bagaikan pelengkap . Zinc ni membantu;
  • menambah bilangan sperma
  • mengurangkan risiko mati pucuk
  • mengurangkan pembesaran prostat
Masih ada pertanyaan berkaitan Set Kesuburan ni? Jangan segan untuk hubungi Attiey  dan kita discuss jika anda ada bajet tertentu. Hubungi cepat-sepat untuk fast result.

Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...