Blog Archive

January 14, 2016

Tip Untuk Ibu Menyusu Bayi Di Tempat Awam

Assalamualaikum


Heboh kecoh hangat skarang ni isu berselfie semasa menyusukan anak kan.. Hurm. Tapi attiey harap ibu-ibu semua tak terganggu dengan semua tu dan kita sama-sama menjaga batas-batas ketika berada di tempat awam.

Satu ketika dulu, attiey sendiri merasa amat sukar untuk menyusukan bila kita keluar ke tempat terbuka ni seperti shopping complex dan sebagainya. Tapi, bila study dan buat survey rupanya pakaian yang tak sesuai juga menjadi faktor kesukaran tu.

Kita boleh gunakan baju menyusu untuk memudahkan pergerakan dan menjimatkan masa sebenarnya. Lagi satu, orang takkan perasan pun kita sedang menyusukan dan bayi pun takkan rasa stress menagis-nangis.
Dengan pelbagai kemudahan aksesori menyusu yang dicipta khusus untuk ibu tugas menyusukan anak di khalayak menjadi semakin mudah tanpa masalah.


Bagi ibu baharu yang masih kekok, jadikan tip berikut sebagai pembakar semangat untuk anda terus menyusukan susu ibu di mana-mana pada bila-bila masa.


1. Yakin diri
Jangan ragu-ragu untuk melakukan penyusuan depan khalayak. Fikirkan bahawa anda mahu memberikan yang terbaik kepada bayi.

2. Fokus
Anda harus fokus kepada kebaikan semula jadi susu ibu. Perasaan malu dan tertekan akan memberi kesan kepada kelancaran pengaliran susu ibu.

3. Lokasi
Cari tempat yang tidak terlalu ramai orang untuk melakukan penyusuan. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana yang tenang.

4. Pakaian khusus
Sarungkan pakaian penyusuan(nursing cover)dan gunakan poncho atau kain pendakap ketika menyususkan bayi.

5. Bantuan
Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, suami atau pihak ketiga boleh menjadi 'dinding' sementara saat penyusuan berjalan. Surau atau bilik menukar pakaian adalah alternatif tempat penyusuan susu ibu sekiranya tempat tersebut tidak menyediakan kemudahan bilik menyusu untuk ibu dan anak.

Nasihat attiey, boleh untuk kita bergambar semasa menyusukan tapi biarlah ianya sebagai koleksi peribadi untuk kenangan bersama keluarga kita. Tentukan ia moment yang sangat berharga dan mahal buat kita sahaja.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!! Rafhati Mohamad Napi ♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram) ♥ Emel : attieymohamad@gmail.com ♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...