Skip to main content

Apa Jadi Jika Air Ketuban Kurang dan Terlebih?

Assalamualaikum



Lama attiey fikir dan rasanya nak tanya, tahu tak apa fungsi, peranan dan mengapa perlunya air ketuban saat wanita tu hamil?

Sebenarnya, ramai yang kurang arif tentang air ketuban ni. Tapi, takpe, jom kita gali 1001 rahsia tentang air ketuban yang memainkan banyak peranan kepada diri wanita mengandung dan kandungannya.

Bagi yang belum pernah melihatnya, memang tak boleh nak bayangkan. Macam attiey dulu jugak, tertanya-tanya macam manalah rupanya. Kebiasaannya air ketuban bersifat jernih dan tidak berwarna. Walau bagaimanapun, warnanya boleh bertukar menjadi kehijau-hijauan atau kecoklatan sekiranya bercampur dengan najis janin.

Antara sifat lain air ketuban ialah ia tidak pekat seperti lelehan faraj dan tidak berbau hancing seperti air kencing. Yang membezakan juga adalah sifatnya adalah cecair, dan ia akan membasahi seluar dalam dan boleh meleleh menuruni kedua-dua belah paha jika terpecah. Hal ini berlaku terutamanya apabila anda berdiri selepas berbaring, kesan daripada penakungan air ketuban di dalam faraj sewaktu dalam keadaan baring.

Kebanyakan air ketuban terhasil daripada air kencing bayi dalam kandungan. Ini terutamanya pada minggu ke-12 hingga ke-14 setelah buah pinggang janin menjalankan fungsinya. Pada trimester ke-3 kehamilan pula, kebanyakan air ketuban dihasilkan oleh selaput ketuban, kulit, buah pinggang dan saluran pernafasan janin.

Sangat ajaib bila kita fikirkan bagaimana semua ni boleh berlaku kan.

Jumlah isipadu air ketuban diimbangi oleh penghasilan dan pembuangannya. Hal ini berlaku melalui proses di mana bayi menelan dan membuang air ketuban sepanjang tempoh pembesarannya di dalam rahim. Isi padu paling banyak ialah sewaktu minggu ke-34 kehamilan yang berjumlah sekitar 800ml. Namun, jumlahnya akan berkurangan sehingga 600ml pada minggu ke-40.

Air ketuban akan terus memenuhi kantung rahim sepanjang tempoh kehamilan.

Fungsinya sangat penting! 

Air ketuban ni  mengisi ruang perantara di antara janin, tali pusat dan dinding rahim bagi membantu penyerapan kesan hentakan luar (trauma kemalangan), menyerap kesan himpitan sekiranya berlaku pengecutan rahim, selain daripada menstabilkan suhu persekitarannya. Kepentingannya yang lain ialah ia bertindak sebagai lapisan pendinding kepada jangkitan dan memberi ruang kepada bayi dalam kandungan untuk menggerakkan anggota tubuh iaitu kaki dan juga tangannya.

Attiey pernah dengar ada yang mengatakan bahawa rahim merupakan tempat paling selamat bagi bayi. Yela, dengan segala fungsi di atas ni memang ianya tercipta dengan sempurna.


Ketuban Pecah

Air ketuban boleh pecah sama ada secara sendiri mahupun menerusi prosedur tertentu. Salah satu penyebab kepada ketuban pecah ialah prosedur memecahkan kantung ketuban yang biasanya dilakukan oleh doktor sewaktu anda mengalami kontraksi. Sewaktu sakit nak bersalinkan Raisha, air ketuban dipecahkan oleh doktor sebab memang sampai sudah takmo pecah sendiri.

 Selain daripada itu, air ketuban yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan rahim menjadi terlalu tegang dan tidak dapat menahan tekanan di dalamnya lalu pecah. Malah, kelainan sifat tegar selaput ketuban yang menjadikannya lemah juga boleh menyebabkannya mudah bocor. Yang ni perlu pemantauan juga.

Risiko pecah ketuban mungkin boleh terjadi sewaktu atau sejurus selepas kebocoran terutamanya kepada anda yang mempunyai masalah polihidramnios dan kedudukan janin tidak normal. Tali pusat boleh jatuh ke dalam faraj hingga menjadi punca kepada penyebab bayi lemas. Kebiasaannya tindakan segera akan diambil doktor dengan melakukan pembedahan caesarean bagi mengeluarkan bayi.

Uri boleh lekang daripada terus melekat pada dinding rahim disebabkan faktor perubahan tekanan yang berlaku secara mendadak akibat daripada kebocoran besar seperti di dalam kes polihidramnios. Ibu  juga boleh kehilangan darah dalam jumlah yang banyak dan pada masa yang sama boleh membahayakan keselamatan bayi yang dikandung.


Risiko-risiko Lain

Risiko-risiko lain yang boleh berlaku termasuklah jangkitan kuman (chorioamnionitis), jika ketuban pecah melebihi 24 jam. Kuman boleh menjangkiti air ketuban dan janin melalui faraj serta boleh mengakibatkan pneumonia. Ia juga boleh memasuki aliran darah janin dan ibu sendiri (sepsis).

Kedudukan janin boleh kekal tidak normal kerana kekurangan atau ketiadaan air ketuban bagi memberi ruang untuk janin bergerak dan membetulkan kedudukannya. Meconium aspiration syndrome pula boleh terjadi di mana kandungan air ketuban yang sedikit menyebabkan najis janin tidak cair dan meningkatkan risiko terhadap bayi jika najis memasuki ruang pernafasannya.

Oleh yang demikian, air ketuban yang keluar tidak harus dipandang ringan. Sekiranya anda mengesyaki air ketuban keluar sebelum tiba waktunya, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan dan menjalani rawatan susulan.

Oligohydramnios

Kekurangan air ketuban memang membimbangkan. Antara risikonya ialah :

1. Janin berkemungkinan lemas akibat gangguan aliran darah dan oksigen daripada anda kepadanya apabila tali pusat terhimpit.

2. Penyempitan ruang dalam rahim boleh mengganggu pembentukan paru-paru, menyebabkan kecacatan pada anggota kaki serta kedudukan janin tidak normal.

3. Kelahiran pramatang dan komplikasi berkaitannya boleh berlaku seperti kesukaran pernafasan (respiratory distress syndrome), masalah usus (necrotizing enterocolitis), pendarahan otak (intraventricular haemorrhagel) dan jangkitan darah (septicaemia).

4. Kematian sebelum lahir.


Polihidramnios

Masalah akan timbul sekiranya air ketuban terlalu banyak. Ini termasuklah :

1. Kedudukan bayi tidak stabil. Bayi akan sering bertukar kedudukannya seperti songsang, melintang dan kepala di bawah.

2. Kandungan nampak terlalu besar dan berat. Kesannya kepada tulang belakang amat ketara apabila anda berasa tidak selesa terutamanya di tri-mester akhir kehamilan.

3. Risiko kelahiran pramatang adalah tinggi kerana proses kelahiran boleh berlaku lebih awal.

4. Disebabkan kedudukan bayi yang tidak tetap, risiko melahirkan bayi secara caesarean adalah tinggi.

5. Kandungan air ketuban yang banyak sering dikaitkan dengan bayi berkemungkinan mempunyai kecacatan. Hal ini boleh dikesan melalui pemeriksaan ultrasound.

6. Kadang-kala masalah ini boleh menyebabkan anda mengalami kesukaran bernafas, berjalan dan lain-lain.


Semestinya bagi semua ibu hamil, kita memang sentiasa perlukan pemantauan sama ada secara nasihat dan praktikkan di rumah atau terus dari pengamal perubatan terlatih demi memastikan proses hamil dan melahirkan yang selamat.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda - tanda Jahitan Episiotomi Anda Terbuka dan Komplikasinya

Jahitan terbuka memang menakutkan. Bagi yang pernah mengalaminya mesti akan panik dan trauma. Ini biasa berlaku kepada yang baru pertama kali bergelar ibu.


Sebenarnya episiotomi dan ceasarean adalah dua jenis luka yang memerlukan penjagaan sepanjang waktu. Tempoh yang memberi risiko untuk jahitan itu terbuka adalah dalam dua minggu selepas bersalin dan ianya hanya jika tidak dijaga dengan teliti.


Menurut Pakar Perunding O&G dari Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri Klang, Dr Khairiah Seman menyatakan bahawa kebanyakan kes jahitan terbuka adalah disebabkan jangkitan kuman pada luka bersalin.


Tanda-tanda Jahitan Terbuka

Ibu akan berasa sakit yang amat atau melebihi dua hingga tiga hari. Seingat Atiey, sakit akibat episiotomi hanyalah sekitar 2  hari sahaja. Jika kesakitan tu berlarutan, mungkin jangkitan kuman dah berlaku. Jumpa doktor segera untuk pastikan adakah jahitan tu dah terbuka atau sebaliknya.

Sekiranya ada tanda-tanda seperti bengkak, merah, bernanah atau keluar apa saja…

Cara Makan Sustained Release Vitamin C Yang Betul dan Selamat Supaya Lebih Berkesan

Berapa biji sepatutnya pengambilan vitamin c kita setiap hari? Pernah tahu tak atau cukup sekadar makan sebiji oren sehari je?

Kalau ikut saranan dari FDA, kita memerlukan 75mg vitamin c setiap hari untuk mantain kesihatan.

Bagaimana nak dapatkan bekalan vitamin c yang optimum? Kalau nak tahu, vitamin c ni sensitif pada suhu panas tau. Buah yang duk ada kat pokok dengan buah yang kita dah petik tu pun dah berbeza kandungan vitamin c nya. Sangat sensitiflah.

Sebab tu saya suka untuk syorkan supaya kita amalkan Sustained Release Vita-C Plus ni.

Sebotol mengandungi 180 tablet.
Satu tablet pula mengandungi lebih kurang 1000mg dan berat satu tablet adalah 992mg.


Tadi kata FDA sarankan ambik cuma 75mg. Tapi ni dah sampai 1000mg satu tablet. Tak lebih ke?


Ok, sebenarnya dalam satu tablet tu Absorbic Acid hanyalah 500mg manakala selebihnya adalah Bioflavonoid untuk penyerapan yang lebih berkesan.


Tapi 500 mg masih banyak kan.


Vitamin C Shaklee ni diformulasikan dengan teknologi pe;epasan sec…

Air Kencing Berbuih? Ketahui Cara Kawal Protein Dalam Urin

Assala,mualaikum

Hari ni dah berapa kali u'olls buang air kecil? Pastikan minum air masak secukupnya untuk melancarkan proses pembuangan air kecil tau.

Apasal tanya pasal air kecil pulak ni kan..

Sebelum terhasilnya air kencing (atau air kecil), dah jadi tugas buah pinggang kita untuk menapis cairan tubuh dan nutrisi termasuk protein sama ada untuk dikeluarkan melalui urin atau disimpan.

Umumnya, molekul protein adalah lebih besar namun adalah normal jika sesekali terdapat dalam urin kita.

Namun, sekiranya berlebihan ia adalah berbahaya kerana boleh menyebabkan jangkitan pada ginjal/saluran tertentu. Apabila terjadinya perkara ini, langkah seterusnya perlu diambil iaitu dapatkan rawatan.

Bagaimana nak tahu sama ada protein dalam urin kita tu normal atau berlebihan?

Pernah dengar air kencing berbuih? Ya, itu adalah antara petanda bahawa terdapatnya protein yang berlebihan dalam urin anda.

Apa penyebabnya?
-Masalah berkaitan  buah pinggang
-Diabetes
-Hipertensi
-Masalah jantung yang…

Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Mudah Pening dan Mudah Pitam Tanpa Perlu Makan Hati Lembu ?

Pernah tak rasa macam nak pitam atau pun pening bila nak bangun lepas duduk lama sangat. Kadang-kadang bila tundukkan kepala dan angkat dengan cepat?


Agak-agakla kan....kenapa jadi camtu ek? Rasa cam gelap mata sekejap.. Ada kaiatan dengan masalah kesihatan ke?


Biasanya bila jadi camtu, rata-rata kita anggap tu benda biasa je dan selalunya takkan berpanjangan. Betul tak? Tapi, sebenarnya kita kena tahu bahawa perkara yang kita anggap biasa tu boleh mengundang risiko di luar jangkaan.

Ini kerana ia sebenarnya  menandakan tekanan darah ketika itu adalah rendah. Jika kita mengalami tekanan darah rendah, ia menandakan bahawa anda mungkin menghidap penyakit-penyakit tertentu yang boleh memudaratkan.

Macam mana nak tahu tekanan darah kita rendah ke tak? Selalunya kita akan periksa tekanan darah kan. So, kalau salah satu bacaan bahagian atas (sistolik) kurang daripada 90 dan tekanan bawah (diastolic) kurang daripada 60 mmhg atau kedua-duanya kurang daripada angka tersebut, makan maks…

Bagaimana Cara Banyakkan Susu Badan Sampai Melimpah Ruah Meriahnya?

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh

Ada tak ibu-ibu di luar sana yang tengah susah hati sebab rasa macam susu badan tak cukup untuk anak sedangkan anak baru nak masuk 2 bulan.. Tak lama lagi dah nak naik kerja (bagi yang keje la)..Hurm...kalau boleh nak bagi ekslusif breast feeding la kan...


Sebenarnya, persediaan untuk menimang cahaya mata perlu seiring dengan keterujaan untuk memberi bayi anda menikmati susu badan yang sangat berkhasiat. Bukan sahaja memberi kebaikan kepada bayi bahkan juga kepada ibu sendiri.


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Untuk memastikan si kecil benar-benar memperolehi segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya secara ekslusif tanpa dicampur dengan makanan atau minuman lain sehingga bayi berusia 6 bulan.Kemudian diteruskan sehingga bayi mencapai 2 tahun.
Kebaikan Susu Ibu Untuk bayi: Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi andaIa mengandungi nutrien d…