Blog Archive

August 20, 2015

Kenali 6 Tanda Penting Menunjukkan Bayi Anda Mendapat Susu Ibu Yang Cukup


Assalamualaikum.
Ramai ibu-ibu tertanya-tanya soalan ni terutamanya ibu yang baru melahirkan bayi pertama mereka. Bagaimana nak tahu bayi  kita tu dah kenyang dah susu yang ibu bagi tu dah cukup untuk mereka? nak tengok tak boleh... nak ukur lagi mustahil.

Tanda-tanda berikut dapat membantu anda menilai samada bayi mendapat susu ibu yang mencukupi;

  1. Bayi membuang air kencing sekurang-kurangnya 6 kali sehari.
  2. Bayi membuang air besar 2 hingga 5 kali sehari, najis lembut berwarna kuning.
  3. Air kencing berwarna kuning jernih dan bukan kuning pekat atau oren.
  4. Berat badan meningkat secara konsisten selepas berumur 1 minggu.
  5. Bayi tidur dengan lena.
  6. Apabila terjaga dari tidur bayi kelihatan cergas dan sihat.
Buat ibu-ibu, jika bayi kita menyusu sekejap-sekejap pula, cuba perhatikan cara lekapan mulut bayi dengan payudara ibu. Mungkin bayi tidak selesa atau sebagainya.

Dulu saya menghadapi masalah susu yang terlalu banyak sehingga bayi saya tersedak setiap kali menyusu. Apa yang saya lakukan adalah pam keluar terlebih dahulu susu kita sebelum menawarkan kepada bayi. Jangan buang banyak sangat tau nanti membazir pulak.  Ngam2 agak2 bayi takkan tersedak je.



Semoga info kali ni dapat membantu.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...