Blog Archive

December 7, 2014

Awas Dengan Baby Carrier a.k.a Pengendong Bayi Anda


Sekarang ni rata-rata ibu bapa yang ati jumpa di mall, kebanyakannya akan menggunakan baby carrier jika punya anak kecil. Yelah, baby carrier ni senang nak guna dan takdelah rimas sangat bila tiba-tiba stuck di kawasan yang ramai orang. Nak turun pakai eskulator pun takda hal sangat.

Tetapi, anda harus berhati-hati juga ketika membeli baby carrier  ni. Takut-takut terbeli yang tiruan.

Macam mana nak tahu tiruan atau asli? Hurm, tiruan pun RM100 ++ jugak tau. Sebab original pun 300++ dan ke atas mengikut jenis dan jenama. Ada yang mencecah ribuan okeyh. Memang takkan merasalah akak.

Jangan mudah tertipu ye ibu-ibu di luar sana. Bila murah je terus grab. At least study sikit camaner baby carrier atau baby wearing yang ok.

Bila anda menggunakan baby carrier tiruan, kesannya bukan hanya pada ibuu yang akan cepat berasa lenguh-lenguh tapi juga pada baby bila Nampak baby tak selesa sebab rimas, panas akibat dari fabric yang tak memuaskan dan sebagainya.

Fake baby carrier susah nk cam sebenarnya, paling senang boleh tahu bila tgk harga. Masalah pada fake carrier ini adalah kualitinya. Kes baby cedera kebanyakkannya sebab buckle pecah, dan baby terjatuh. Jahitan yg tidak kemas juga antara sebab yg membolehkan baby terlucut jatuh.

Masalah baby carrier bukanlah tentang fake atau tiruan sahaja, malah baby carrier yg kita beli di pasaraya pun belum tentu selamat. Contohnya crotch carrier yg bukaan kaki sempit itu buat baby tak selesa dan mungkin memberi kesan pada tulang paha baby. Carrier menghadap ke depan pun bahaya.

Yang penting, utamakn langkah berjaga-jaga. Seperti yang pernah berlaku kepada beberapa kanak-kanak dan bayi yang tercedera kerana baby carrier tiruan atau fake ini. 

contoh crotch carrier :








Tidak selamat kerana : 
1.            Hanya kelangkang disokong.
2.            Kaki melunjur ke bawah tanpa sokongan, meletakkan tekanan pada pinggul.
3.            Kaki baby dipaksa lurus dan memberi tekanan pada tulang pinggul.

BABY CARRIER YANG SELAMAT
 
Baby carrier yang brand international memang mahal. Boleh cuba baby carrier local.




Jadi, akhir kata...selamat memilih baby carrier yang terbaik untuk anda dan bayi kecil anda.
 
RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588) 
SMS@WHATSAPP: 013 9218084 
Facebook : Attiey Mohamad 

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...