Selalu dengar
aduan-aduan dari saudara dekat dan juga sahabat berkaitan masalah pening kepala
yang datang secara tiba tiba. Ada yang sampai kepala rasa pusing tak boleh buat
kerja dan tidurrr je seharian.
Biasanya bila
berhadapan dengan masalah begini, doktor lah tempat yang akan kita tuju kan?
Jawapan doktor selanjutnya ialah rupa-rupanya itu adalah tanda tekanan darah
rendah.
Apa sebenarnya
tekanan darah rendah atau Low Blood Pressure ni?
Tekanan darah rendah
(hipotensi) adalah keadaan di mana tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan
yang diperlukan oleh tubuh sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat
aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan
darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak,
buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.
Apa lagi
tanda-tanda bagi mereka yang mengalami tekanan darah rendah?
·
Cepat lelah
·
Pening kepala ketika
posisi badan berubah
·
Sukar untuk berkonsentrasi
·
Mata
berkunang-kunang
·
Mual
·
Kulit berasa dingin,
pucat dan lembap
·
Pernafasan cepat dan
pendek
·
Defresi
·
Cepat haus
·
Sentiasa
letih
·
Pening
kepala atau pitam
·
Apabila
melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
·
Warna
kulit bertukar menjadi pucat
·
Penurunan
berat badan
·
Kadar
denyutan jantung yang cepat
·
Lemah
daya ingatan
Apa punca tekanan
darah rendah ni?
- Kekurangan volum darah ~ cecair mengalir dalam saluran darah
seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
- Dehidrasi ~ Dehidrasi mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit
- Masalah jantung ~ Denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah
- Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
- Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah
- Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia
Bagi golongan yang mengalami tekanan
darah rendah ni, hal ini amatlah disarankan iaitu:
·
Bangun dari duduk atau
berbaring secara perlahan
·
Jangan berdiri terlalu
lama
·
Jangan terlalu lama
berdiri di bawah sinaran matahari
·
Diet rendah karbohidrat
·
Banyakkan minum air
putih
·
Hindarkan diri dari
pengambilan alkohol
·
Jika perlu tambahkan
sedikit pengambilan garam
·
Melakukan aktiviti
senaman secara teratur
Di kalangan ibu-ibu
hamil, tekanan darah rendah boleh menyumbang kepada anemia yang berisiko untuk
:
- Melahirkan bayi pramatang
- Pertumbuhan janin yang terencat dalam kandungan
Punca Tekanan Darah Rendah tidak jelas tetapi ia
boleh dikaitkan seperti berikut :-
1.
Kehamilan
2.
Masalah hormon seperti
tiroid yang begitu aktif (hypothyroidism), tiroid yang terlalu
aktif (hipertiroidisme), kencing
manis atau gula darah yang rendah (hipoglisemia)
3.
Terlebih dos dari ubat
tekanan darah tinggi
4.
Kegagalan jantung
5.
Jantung aritmia (irama
jantung yang tidak normal)
6.
Pelebaran atau
pengembangan saluran darah
7.
Keletihan haba atau
strok haba
8.
Penyakit hati
Suplemen Shaklee
yang disyorkan bagi Penghidap Tekanan Darah Rendah
1.
Vita-Lea - multivitamin dan multimineral untuk
mengimbangkan nutrien dalam badan
2.
B-Complex - menambahkan tenaga dan mengurangkan stress
3.
Ostematrix - Kalsium penting untuk pengawalan tekanan
darah
4.
ESP - membekalkan protein dan meningkatkan tenaga
5.
Performance Drink - membekalkan tenaga dan mengelakkan dehidrasi
6.
Meal Shake - juga multivitamin dan multimineral dan
bentuk bancuhan(minuman)
Tips mengatasi ketika mengalami
Tekanan Darah Rendah
- Bagaimanapun, mencegah lebih baik dari merawat. Periksalah tekanan darah kita secara berkala.
- Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Cara hidup sihat boleh mengelakkan diri pelbagai penyakit berbahaya.
- Minum lebih banyak air - terutama ketika cuaca panas dan selesema. Air yang mengandungi natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan.
- Ubah posisi badan secara perlahan-lahan (Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang-panjang selama beberapa kali, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan, Setelah itu, barulah bangun berdiri
- Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti
- Makan dalam sejumlah yang sedikit tetapi kerap
- Kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi, kentang, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.
Jangan panik tetapi
jangan terlalu mengambil sikap sambil lewa. Tekanan darah yang terlalu rendah
boleh membahayakan anda. Ambillah langkah pencegahan dari awal sebelum menjadi ‘pelanggan
tetap’ ubat-ubat hospital.
****Jika Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee...nak Jadi Ahli****
RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588)
SEBARANG PERTANYAAN: SMS@WHATSAPP: 013 9218084
Facebook : Attiey Mohamad
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
No comments:
Post a Comment