Blog Archive

May 28, 2014

Vitamin Untuk Anak anak Yang Sukar Menelan Pil dan Tips Anak Sihat

Attiey 013-9218084


Susah hati jika anak-anak menolak atau tak reti nak telan vitamin dalam bentuk pil sedangkan anak-anak makin membesar dan perlukan supplemen tambahan. Di zaman  yang semakin maju, makanan yang tersedia di luar sana terdedah dengan pelbagai pencemaran dan juga belum tentu berkhasiat.

Tapi, sebenarnya masalah ni dah pun disedari beberapa tahun terkebelakang lagi. Buktinya dah wujud Meal Shakes Shaklee yang merupakan multivitamin lengkap dalam bentuk serbuk yang mana ada protein dan serat sekali gus.Memang sangat sesuai bagi semua ahli keluarga. Lagipun perasa vanillanya memang sedap. 


Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan..yang pasti digemari oleh seisi keluarga..

 Sarapan segera yang berkhasiat
 Lazat, sarapan segera yang mampu dimiliki..
 Hidangan segera untuk para atlet
 HIdangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium..

Mengapa Meal shakes ni sangat perlu untuk anak anak anda?

 Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium untuk bina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
 Kaya dengan Protein yang membantu menyihatkan sel-sel.
 Mengandungi Vitamin A, C, E, Zink, selenium sebagai anti-oksidan.
 Mengandungi lengkap Vitamin B-Complex, zat besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat.
 Kaya dengan serat larut yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan daripada kolon dan perut.
 Minuman perisa multivitamin perasa Vanilla yang lengkap, tanpa pewarna dan gula tiruan.
 Lengkap dengan 24 jenis Vitamin dan Mineral.


Erm, ade yang berpinar-pinar matanya melihat istilah-istilah kesihatan ? Meh sini. Senang cerita, Meal shakes Shaklee ni sesuai sangat untuk semua termasuklah golongan yang Attiey senaraikan kat bawah ni:-


 Ibu hamil yang tiada selera makan, morning sickness yang teruk.
 Ibu menyusu yang ada kekangan baget untuk mendapatkan Energizing Soy Protein [ESP].
 Ibu bapa yang telah berumur yang tidak makan secara sihat dan tidak suka makan vitamin berbentuk pil.
 Kanak-kanak dan remaja yang sedang meningkat dewasa.
 Anak-anak yang kurang selera makan.


 Sesiapa sahaja yang selalu tidak sempat sarapan-secawan Meal-Shake sudah cukup untuk anda.


****Jika Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee...nak Jadi Ahli****

 RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588)
SEBARANG PERTANYAAN: SMS@WHATSAPP: 013 9218084
 Facebook : Attiey Mohamad

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

May 27, 2014

Tips Pengambilan Omega Guard Bagi Si Kecil dan Anak-anak



Bagi ibu bapa yang tercari-cari supplemen Omega yang selamat dan terbaik untuk diberikan kepada anak-anak, Omega Guard Shaklee adalah pilihan yang tepat kerana anak seawal usia 1 tahun selamat untuk diberikan Omega Guard ini. 


Jangan bimbang ye para ibu di luar sana sebab ia diperbuat daripada gel lembut yang halal. Lagipun ia mudah ditelan dan juga mudah larut.

Apa yang perlu diberi perhatian ialah hanya boleh diberikan 1 biji kapsul sahaja untuk sehari. Jangan samakan dos dewasa dengan dos kanak-kanak ye. Bimbang nanti membawa kemudaratan.
Tapikan, dalam ramai-ramai kanak-kanak mesti ada yang jenis susah telan kapsul macam anak Attiey jugakkan. Takpe, cucuk je kapsul tu dan keluarkan minyaknya taruk dalam sudu. Bagi je si manja anda makan bersuap dengan sudu. Lagi mudah (^^)


Macammane kalau anak masih tak mo makan walaupun disuap dengan sudu? Takpe, masih ada penyelesaiannya. Pecahkan gel Omega Guard ni dan campurkan dalam makanan mahupun susu botol nya tadi..Mudahkan?

Selamat mencuba ye.
 


****Jika Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee...nak Jadi Ahli****

 RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588)
 SEBARANG PERTANYAAN: SMS@WHATSAPP: 013 9218084 - bila-bila masa pun boleh je
Facebook : Attiey Mohamad

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

May 26, 2014

Cara Pengambilan Omega Guard Untuk Kurus Bagi Orang Dewasa



Attiey: 013-9218084

Salam ceria pengguna dan bakal pengguna supplemen Shaklee semua. Semoga kita semua diberika kesihatan yang berpanjangan ye. Dah macam ucapan pulak.

Ok, kali ni Attiey nak bercerita pasal ‘guide intake’ untuk Omega Guard khusus bagi mereka di luar sana yang ambil bagi tujuan nak kurus.

Sebelum tu, jangan lupa ye. Omega Guard Shaklee ni perlu disimpan pada suhu rendah untuk mengekalkan khasiatnya. Elok sangatlah kalau diletak dalam chiller peti sejuk tu.

Ok, yang pentingnya Omega Guard ni tidak boleh diambil melebihi 6 biji kapsul sehari atau dengan kata lainnya, MAX 6  biji sehari.



Syarat kedua ialah mesti diambil SELEPAS MAKAN untuk membantu memecahkan lemak sebaik sahaja selepas makan. Yela, dari awal sampai akhir makan ayam, pastu benda-benda berminyak kan. Habis makan, bagi Omega Guard clearkan all those things yang boleh memberatkan badan tu.

Bagi yang tak boleh telan banyak-banyak 6 biji sekaligus tapi masih mahu mengekalkan dos max 6 biji, anda bolehla mengatur 3 biji selepas lunch dan 3 biji seterusnya selepas dinner.

Trivia yang perlu anda tahu hari ini ialah, saintis Jepun telah membuat kajian dan hasilnya ialah Omega 3 boleh menghalang pembentukan lemak tidak sihat dan membantu pembakaran lemak.
 


****Jika Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee...nak Jadi Ahli****

 RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588)
  SEBARANG PERTANYAAN: SMS@WHATSAPP: 013 9218084 - bila-bila masa pun boleh je
Facebook : Attiey Mohamad

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

May 18, 2014

Set Kurus Bahaya Untuk Buah Pinggang?



Attiey : 0139218084



Salam sejahtera dan salam sihat bersama Shaklee (^_^)

Nak cerita satu kemusykilan yang timbul  pada seorang customer  Shaklee.
Alkisah beliau telah berbelanja pada kos yang agak banyak untuk satu set kurus Shaklee. Alhamdulillah, niatnya untuk turun berat badan disokong oleh ramai orang kerana baik untuk kesihatan fizikal yang selalu sakit lutut dan terpaksa pula mendaki 5 tingkat rumahnya.

Tetapi pada  suatu hari dapat berita yang SEMUA set kurus tadi telah di tong sampah kan !

Aiyyok ! Apa sudah jadi?

Mahal kot ?

Bayangkan …semua pil tu yang makan beberapa biji dah selamat dalam tong sampah. Sedihnya rasa. Kalau bagi free, ramai yang sanggup habiskan. Huhu.

Agak-agak la kan, kenapa hal ni berlaku?


Sebenarnya inilah masalah orang kita yang suka percaya cakap-cakap orang sekeliling tanpa selidik terlebih dahulu kesahihan satu-satu benda.

Rupanya, pelanggan Shaklee tadi telah berjumpa dengan rakan-rakannya dan ada antara rakan beliau tu bagitahu bahawa vitamin atau supplemen ni tak baik untuk buah pinggang termasuklah supplemen Shaklee ni katanya.

Apa yang menariknya, rakan beliau tu adalah penjual jamu dan juga ubat-ubatan tradisional. Jadi, pelanggan tadi yang pada mulanya mengamalkan Shaklee telah bertukar kepada jamu dan ubat ubatan tradisional.

Jadi, untuk bagi terang isu yang berlaku di atas ni,  jom kita kaji apa sebenarnya buah pinggang dan bagaimana ia bekerja.

Buah pinggang terbentuk seperti kacang merah dibelah dua dan berada di bahagian bawah pusat ke arah belakang badan. Jika ia baik, maka baiklah seluruh badan dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh badan.

Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dipanggil homeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh. Proses ini memastikan tubuh kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta  mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh.

Sebagai penapis, buah pinggang berfungsi menyerap bahan yang diperlukan oleh tubuh, dan menyingkirkan bahan yang tidak berguna.

Bagaimana buah pinggang bekerja?

Arteri renal: membawa darah dari jantung ke buah pinggang
Tiub ureter: mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke pundi-pundi (glomeruli)
Glomeruli: menapis cecair yang mengandungi glukos, asid amino, garam, dan bahan kotoran daripada darah

Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui beberapa tiub kecil. Tiub ini dikelilingi saluran darah yang meresapkan zat dan air yang diperlukan tubuh.

Darah yang ditapis tadi kemudian keluar daripada buah pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula. Cecair yang ditapis ini mengandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam pundi-pundi kencing.

Air kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi saluran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dipanggil sistem buah pinggang.

Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di dalamnya. Contohnya jika kita minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan akan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing.

Sama juga jika kita banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing akan berwarna pekat sehinggalah  buah pinggang mengumpul air yang cukup.

Bagaimana kerosakan buah pinggang berlaku? 
Seperti organ utama yang lain (jantung, peparu, hati, otak) ia boleh rosak dan gagal berfungsi dengan baik akibat daripada penyakit kronik. Selalunya buah pinggang gagal menapis bahan bahan yang tidak diperlukan.

Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit seperti:
  • keturunan
  • jangkitan bakteria dan kuman
  • kerosakan disebabkan penyakit darah tinggi
  • kerosakan disebabkan penyakit diebetes mellitus
  • penyakit lain yang berjangkit ke buah pinggang (seperti kanser)
  • mengambil terlalu banyak bahan bertoksik seperti asam berlebihan dari makanan jeruk, bahan2 racun serangga dalam sayuran dan buah-buahan, terlalu banyak makan makanan segera, dll.
  • rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat kencing manis, ubat darah tinggi, antibiotik, steroid, dadah dan lain2 sebab yang tidak diketahui.
Penyakit buah pinggang sukar difahami. Ia mampu menyerang dewasa atau kanak-kanak dan sama ada orang itu sihat atau sakit dan bagaimana corak hidup seseorang itu sekarang.



Berbalik kepada topik kita, berbahayakah buah pinggang jika kita terlalu mengambil banyak vitamin?

Saya sendiri sedang mengamalkan vitamin B,C, E, mengambil protein tambahan serta kolagen. 

Sebenarnya, jika kita mengambil apa sahaja makanan secara berlebihan apatah lagi makanan yang tidak baik untuk kesihatan, mengandungi terlalu banyak bahan kimia berbahaya, perasa tiruan, pewarna tiruan, dan entah apa lagi bahan kimia yang 'disembunyikan' oleh pengeluar/pengilang, bukan saja buah pinggang yang rosak malah jantung, otak, hati pun turut rosak sebab tak dapat nak tapis bahan-bahan mengarut yang kita makan tadi.  

Begitu juga halnya dengan vitamin dan mineral yang mana pengambilan secara berlebihan akan menyebabkan ketidakselesaan dan dalam keadaan tertentu merosakkan badan kita. Sebab itu kita WAJIB ikut dos yang disarankan. Bukannya semakin banyak vitamin kita makan, semakin baik untuk kita. INI SALAH!

Perlu diingat bahawa vitamin dan mineral tidak boleh menggantikan makanan. Ia hanyalah makan tambahan yang tidak sepatutnya diambil sebagai satu-satunya sumber zat makanan yang diperlukan oleh badan kita.

Dan, sebab itu juga kita WAJIB mengelakkan makan vitamin sintetik kerana ia datang dari bahan kimia yang telah 'disatukan'. Beralihlah kepada vitamin semulajadi yang lebih mudah diserap oleh tubuh kita.. ;)

Pernahkah anda terlintas....Apakah sebenarnya vitamin yang selamat di ambil?


Sebagai pengamal
 supplement  , saya memilih Shaklee kerana :

Dr Forest C Shaklee adalah orang pertama yang menghasilkan Vitalized Mineral yang kini digelar VITAMIN.

Vitamin Shaklee adalah asli, tiada pewarna, pengawet malah perasa tambahan.

 
Vitamin Shaklee tiada silika gel dengan ini membantu penyerapan dengan lebih baik.


UJI Vitamin anda.

Cuba anda ambil sebiji multivitamin yang sedang anda amalkan....genggam selama 5 minit, jika anda dapati tangan anda melekit serta warnanya melekat dengan tangan anda, maka saya sarankan anda memilih vitamin yang lebih baik.


Vitamin yang sintetik biasanya mengandungi silika gel, pewarna, perasa dan pengawet tambahan....bahan-bahan ini boleh memudaratkan kesihatan kerana tubuh kita hanya perlukan yang asli ( dan sememangnya Shaklee itu dari bahan semulajadi )

Hakikatnya pewarna, pengawet dan perasa tambahan ini tidak diperlukan oleh badan dan jika diambil secara berterusan dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. 



Kesihatan itu sangat mahal...maka amalkan pengambilan supplement dengan ilmu dan  janganlah mudah mendengar sesuatu berita tanpa  menyelidik kebenarannya terlebih dahulu.


****Jika Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee...nak Jadi Ahli****

 RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588) 
SEBARANG PERTANYAAN: SMS@WHATSAPP: 013 9218084 
Facebook : Attiey Mohamad 

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Featured Post

VIVIX boleh membantu untuk Kurus

Sempena bulan promosi Vivix beli 6 dapat percuma 1 botol lagi, saya nak kongsi sedikit info bagaimana si tonik merah ini boleh membantu kit...