Tips Kepada Peniaga Untuk Mengejar Malam Al -Qadr di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah, kita dah masuk fasa terakhir bulan Ramadhan di mana semua muslimin muslimat teruja untuk mencari-cari malam seribu rahmat ni.

Ada banyak pendapat mengatakan ia jatuh pada malam ganjil di bulan Ramadhan tapi janganlah pilih hari pulak untuk buat ibadah..Kalau boleh sepuluh hari terakhir ni kita pulun habis-habisan sebab kita tak tahu ada lagi tak peluang kita lepas ni.




Khusus kepada peniaga, macam mana nak bahagikan masa supaya waktu malam tu sempat beribadah?

#1
Waktu siang kita gunakan secara paling optimum untuk selesaikan semua hal-hal bisnes macam bungkus order pelanggan, asingkan stok dan update FB Pages (bagi online).

#2
Hindari benda-benda yang boleh buat fokus kita lari atau down. Contohnya semak apa yang orang tak puas hati belakang kita atau duk stalk haters. Buang jauh-jauh.

#3
Utamakan yang paling perlu. kalau ada kawan ajak pergi tengok wayang, minta tunggu lepas raya. Kalau nak tengok juga, search kat internet dulu, tengok lebih kurang. Lepas raya baru balas dendam..

#4
Positifkan diri dan pastikan kita sentiasa melazimi zikir dan selawat. Perbanyakkan membaca al-Quran dan solat di awal waktu. Kalau perasan, bila kita solat awal waktu, kita akan rasa masa sangat lambat berlalu dan hari tu lebih panjang.

#5
Angkut semua ahli keluarga berbuka di masjid atau surau. Tak perlu kalut nak pergi pasar Ramadhan dan waktu memasak boleh ganti dengan membaca doa.

#6
Minum banyak air masak selepas berbuka untuk mengekalkan cecair dalam badan. Kurang  minum air akan menyebabkan kita mudah mengantuk. Kurangkan minuman manis ye.


Jangan biarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja tanpa kita mendapat apa-apa yang Allah telah hadiahkan. Peluang sama untuk semua hambanya. Tinggal kita nak atau tak je.

Ingat, orang yang  berjaya boleh hapuskan alasan. Selamat beramal.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...