Tips Berjaya Dalam Perniagaan


Anda ada perniagaan atau baru nak berjinak-jinak dalam dunia berniaga? 



Sebelum saya mengambil keputusan untuk berniaga, suami saya berkongsi satu kata-kata yang sangat bermakna. Kalau berkerja makan gaji adalah 1 usaha, bekerja sendiri memerlukan 14 kali ganda usaha untuk berjaya. Jangan fikirkan nilai yang diberi 1 dan 14 tu tapi apa yang saya nak sampaikan adalah betapa jauhnya beza tahap usaha yang kita kena tanamkan dalm diri kita apabila kita berbisnes.


Namun, bukanlah ia menjadi suatu halangan tau malah sepatutnya dipegang sebagai bentuk motivasi dan juga peringatan agar tak berada dalam zon selesa.



Susah ke nak berjaya dalam perniagaan ni?


Di sini saya kongsikan beberapa tips yang boleh kita amalkan untuk mengorak kejayaan dalam perniagaan. Antaranya ialah;


  • Rajin

  • Sabar

  • Bersyukur

  • Tidak mudah berputus asa

  • Pandai merebut peluang

  • Berpandangan jauh

  • Mempunyai daya juang yang tinggi

  • Menghargai masa dan tidak bertangguh

  • Menghargai pelanggan

  • Berjimat dan tidak membazir

  • Meletakkan harga yang berpatutan

  • Bergaul dengan orang-orang yang positif



Kesimpulannya, amalkan sikap-sikap di atas untuk mencapai kejayaan setelah banyak titik peluh dikorbankan. Namun kita perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan kegagalan kerana ia adalah lumrah yang perlu dilalui sebelum betul-betul berjaya. Berusaha dan berdoalah agar urusan kita dipermudahkan oleh Nya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...