6 Tips Business Online Yang Praktikal dan Mudah Untuk Difahami



Pandang kiri, pandang kanan.

Rata-rata member mula berjinak-jinak dengan perniagaan online.

Baik yang dah punya kerjaya atau suri rumah, masing-masing cuba nak berbisnes untuk tambah pendapatan.


Cara yang paling senang tanpa memerlukan premis adalah secara online.

Atiey nak kongsi beberapa tips untuk anda menjalankan perniagaan online ni.


1. Kita perlu sentiasa menghubungi mentor atau sesiapa sahaja yang boleh dijadikan rujukan untuk menambah ilmu. Persaingan dalan perniagaan online ni bergerak terlalu pantas. Jadi kita memerlukan seseorang yang boleh memberi tunjuk ajar untuk terus kekal dalam bisnes yang kita lakukan.

2. Anggap bisnes ini adalah bisnes kita dan kitalah CEO nya. Walaupun tiada pejabat yang khusus, tapi tetapkan apa yang kita perlu lakukan setiap hari dan masa yang kita perlukan untuk fokus.

3. Jaga pelanggan yang sedia ada dengan menjalinkan network yang baik. Dapatkan response dan pandangan mereka jika perlu.

4. Tetapkan target harian supaya kita tidak leka dengan urusan lain. 

5. Jika anda adalah seorang suri rumah, dapatkan persetujuan daripada suami. Pastikan suami faham tujuan bisnes adalah untuk membantunya. Mohon kerjasama dan sedikit komitemen daripada suami. Visualize kan pada suami yang bisnes online ini akan menjadi bisnes keluarga. 

6. Asingkan antara  wang peribadi dengan wang untuk menjalankan perniagaan. Ini supaya kita lebih jelas dan nampak keuntungan atau kos-kos lain yang ada.


Atiey harap tips ini boleh membantu kita untuk lebih terurus dan dalam menjalankan businee online.
Selamat maju jaya.


 Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...