Tujuan Detoksifikasi dan 8 Kaedah Semulajadi Yang Sangat Mudah Diamalkan Di Persekitaran Rumah Kita




Dengan gaya hidup zaman sekarang yang mendedahkan kita kepada pelbagai pencemaran dan makanan yang kurang berkhasiat, pentng untuk kita faham mengapa tubuh kita perlu detoksifikasi.


Dengan bahasa yang senang difahami, detoks adalah proses penyingkiran toksin ( bahan beracun ) dari tubuh kita.


Kenapa perlu detoks?

Penyingkiran toksin ni perlu untuk mengelakkan kita dari penyakit-penyakit tertentu.


Bagi Atiey, kaedah yang biasa didengari sebelum ini adalah dengan mengamalkan pemakanan yang kaya nutrien berkualiti tinggi termasuklah vitamin, mineral, asid amino, protein, karbohidrat, lemak dan air.

Tetapi sebenarnya ada beberapa cara lain juga iaitu seperti yang Attiey akan ceritakan kat bawah ni.

1. Jika ada kesesuaian, Atiey akan buka tingkap bilik dan rumah lebih luas dari biasa untuk mengedarkan udara. Biasanya waktu pagi dalam pukul 8-10 camtu. Awal sangat kang takut nyamuk pulak yang masuk.

Ini cara terbaik untuk melemahkan bakteria yang ada di dalam udara dan dapat membawa udara lebih segar masuk. Tapi janganlah buat masa jerebu melanda pulak. Hihi.


2. Tanpa kita sedari terdapat toksin yang paling berbahaya dalam rumah kita iaitu Volatile Organic Compound (VOC) . Gas ni dikeluarkan oleh cat, karpet dan juga perabot. Sebab tu Atiey sedaya upaya elakkan material sintetik dan bertukar kepada bahan semula jadi seprti kapas dan linen.

Mungkin juga anda boleh tukarkan mentol pijar kepada lampu kalimantang untuk penjimatan tenaga.


3. Attiey pernah dengar satu perkongsian dari seorang yang arif tentang bahan kimia. Beliau kata wangian yang biasa kita guna sama ada dalam rumah atau dalam kereta sebenarnya berbahaya kepada sistem pernafasan kita.

Mungkin anda boleh rujuk laman web National Poison Centre  untuk keterangan yang lebih terperinci.

Jadi, Attiey pilih arang. Ye, arang. Ia menyerap bau dan lembapan dengan baik. Soroklah sikit..jangan letak arang seketul atas meja. Atau pun mungkin anda boleh tukar dengan bunga segar. Daun pandan juga boleh mengeluarkan bau dan aroma yang segar malah menghalang pembiakan lipas dalam rumah.


4. Jemur kusyen, tilam dan bantal sekerap yang boleh. Paling tak pun seminggu sekali untuk menghalang pengumpulan habuk dan hama.

Bagi sofa dan tilam yang berat, sebelum vakum tu tabirkan serbuk penaik ke atas permukaannya dan biarkan beberapa jam.

Minyak aromaterapi juga sangat membantu untuk menghilangkan bau yang berpunca daripada bakteria dan fungus.


5. Nak tanam pokok di kawasan perumahan memang agak mustahil kerana ruang yang sempit dan kawasan  tanah yang terhad. Tapi Atiey tanam juga pokok sebtang dua kat depan dan beberapa tanaman herba kat belakang. Tupun dalam pasu je. Tumbuh-tumbuhan kan penyerap toksik semulajadi.


6. Masa mandi pun boleh buat detoks ni iaitu dengan cara memberus kulit kita dengan span mandi. Kenapa? Kan sistem limfa menyingkirkan toksin melalui kulit. Jadi bila berbuat demikian, ia dapat merangsang sistem limfa membersihkan tisu lembut yang berada di bawah kulit kita.

Senang je nak buat. Gerakkan dalam gerakan membulat. Tak yah tonyoh dan sental kuat sangat kay.



7. Suka jus? Attiey suka. Buat jus awal pagi. Tapi Attiey tak taruk ais lah. Minum camtu je. Nak best lagi malam pula minum jus sayur. Makanan lain jangan lupa pulak termasuk air masak kasi cukup. Jus ni bila kita minum dengan serat-seratnya, boleh membantu pelawasan. So, toksin dalam tubuh kita akan senang dikeluarkan.

Baca Set Detoks Yang Sesuai Untuk Anda.


8.Kurangkan snek ringan yang tak berkhasiat dan gantikan dengan timun, zucchini, saderi, salad, kubis dan sebagainya. Jauhi alkohol, kafein secara berlebihan, daging merah, mee segera dan burger.


Sebaik-baiknya amalkan proses ini dalam masa selama 7 hari kerana toksin yang ada dalam tubuh memerlukan masa yang agak panjang untuk membuang segala yang ada.


Baca Set Detoks Yang Sesuai Untuk Anda.


Selamat berdetoks ye..

Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...