Blog Archive

September 25, 2016

Resipi Jus Detox Yang Senang Mudah

Kali ni Atiey nak kongsi beberapa resipi jus detoks.


1. Epal + Pudina



Bahan-bahan;
2-3 biji epal hijau dipotong
2 helai daun pudina'Air secukupnya

Cara-cara;
Campurkan epal hijau dan pudina ke dalam pengisar buah-buahan.
Kisar dan minum sebaik sahaja ia siap disediakan.

" Jus pertama ni baik untuk melembapkan sistem pencernaan kita"



2. Grapefruit + Lemon



Bahan-bahan;
2 biji grapefruit
4 biji lemon
300 ml air ditapis
1-2 ulas bawang putih
2 inci halia


Cara-cara;
Perah jus daripada grapefruit dan lemon.
Kemudian masukkan ke dalam pengisar.
Parut bawang putih dan halia. Perah airnya dan campurkan ke dalam pengisar.
Masukkan air dan kisar selama 30 saat.

" Jus kedua ni bagus untuk mencuci hati"


3. Bayam + Lobak Merah




Bahan-bahan;
3-4 batang lobak merah
125 gm bayam
2-3 batang saderi

Cara-cara;
Kisar semua bahan dan campurkan dengan air secukupnya.
Minum sedikit demi sedikit mengikut kemampuan.

" Jus ketiga ini bermanfaat untuk menyingkirkan toksin dari badan kita"



Selamat mencuba ye.


Baca Set Detoks Terbaik Untuk Anda

Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...