7 Tanda /Simptom Kelahiran Pra Matang Yang Boleh Dialami Oleh Ibu Yang Sedang Hamil


Assalamualaikum

Ada yang berpendapat kelahiran pramatang dipengaruhi faktor keturunan, ibu yang bermasalah, bayi yang kurang sihat dan beberapa lagi idea-idea yang kadangkala sukar untuk difahami.

Memang mustahil untuk mommies mengelakkan kelahiran pra matang tetapi sekurang-kurangnya dengan mengetahui tanda-tanda yang kita mungkin akan bersalin awal dapat memberikan sedikit persediaan.

Antara tanda-tanda dan simptom kelahiran pra matang termasuk :

1. Berlaku kontraksi setiap 10 minit atau lebih kerap dalammasa satu jam (lima atau lebih kontraksi dalam masa sejam).

2. Lelehan air dari vagina (ini mungkin menunjukkan air ketuban anda telah pecah).

3. Rasa kejang di bahagian bawah perut yang datang sekejap-sekejap.

4. Rasa sakit di bahagian bawah garis pinggang yang datang sekejap-sekejap.

5. Tekanan pada tulang pelvik di mana terasa seperti kepala bayi menekan ke bawah.

6. Kekejangan di bahagian abdomen yang terjadi dengan atau tanpa cirit birit.

7. Peningkatan atau perubahan keputihan vagina.

Bagaimana rasanya kontraksi?

Sebaik otot pada uterus mengecut, mommies akan rasa bahagian perut menjadi keras. Apabila kontraksi hilang, uterus menjadi lembut kembali.

Sepanjang kehamilan, lapisan uterus akan mengetat dengan tidak teratur tanpa menyakitkan. Ia dikenali sebagai kontraksi Braxton-Hicks dan biasanya tidak kerap serta tidak membuka serviks.
Jika kontraksi ini menjadi kerap dan teratur (sekali setiap 10-12 minit sekurang-kurangnya selama satu jam) ia mungkin kontraksi kelahiran pra matang di mana akan menyebabkan serviks akan terbuka.

Pesan Dr Noor Fidak, jika mommies ada merasai simptom-simptom tersebut maka segera hubungi doktor sakit puan (jika membuat pemeriksaan di hospital swasta) atau terus ke hospital berhampiran.

Apa patut dilakukan?

Jika mengalami simptom yang dirasakan akan membuatkan saya bersalin awal, apakah yang saya patut lakukan?

Sekiranya mommies mengalami tanda-tanda dan simptom-simptom kelahiran pra matang, selain daripada menghubungi doktor atau ke hospital, ada beberapa cara boleh dilakukan untuk mengelakkan kelahiran pra matang dengan menjadi lebih awas pada simptom-simptom serta mematuhi peraturan berikut :

1. Kosongkan pundi kencing.

2. Berbaring mengiring pada sebelah kiri, ia mungkin boleh memperlahankan atau menghentikan tanda dan simptom.

3. Elakkan baring telentang kerana ia mungkin menyebabkan kontraksi meningkat.

4. Minum banyak air kerana penyahhidratan menyebabkan kontraksi.

5. Awasi kontraksi dalam masa satu jam dengan mengira setiap minit yang berlalu daripada permulaan kontraksi hingga permulaan kontraksi seterusnya.

Satu-satunya cara untuk mengetahui mommies akan melahirkan bayi pra matang adalah dengan pemeriksaan pada serviks. Jika serviks sudah terbuka, kelahiran pra matang akan bermula.

Attiey doakan kehamilan mommies semua merupakan satu pengalaman yang menarik dan membahagiakan tau. Semoga semuanya selamat ok.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...