Jangan Abaikan Kemungkinan Simptom Penyakit Berbahaya


Assalamualaikum
Pernah tak sesekali kita rasa sesuatu yang tak biasa kita alami pada mana-mana bahagian tubuh badan kita? Sekiranya ada tanda-tanda berikut, saya rasa anda tak perlu abaikan kerana ianya mungkin simptom untuk penyakit-penyakit tertentu.

1. Sakit Pelvik
Sakit atau tekanan di bawah pusat yang berterusan dan tidak terhad kepada sindrom prahaid jangan dibiarkan kerana ia dikaitkan dengan kanser endometrial, barah ovari, barah servik, barah tiub falopio dan barah vagina.

2. Pembengkakan dan Kembung Abdominal
Ia adalah salah satu gejala barah ovari dan selalunya tidak dihiraukan. Rasa kembung boleh menjadi teruk sehinggakan anda tidak boleh nak butangkan seluar dan harus menukarnya ke saiz yang lebih besar.

3. Sakit Bahagian Bawah Belakang Yang Berterusan
Ada yang mengaitkan sakit pada bahagian ini seperti sakit hampir melahirkan namun ia juga merupakan tanda barah ovari.

4. Pendarahan Vagina Yang Tidak Normal
Hal ini merupakan gejala biasa oleh wanita apabila mereka mengalami barah ginekologi. haid yang keluar dengan banyak, pendarahan antara haid dan pendarahan semasa dan selepas hubungan seksual merupakan pendarahan yang tidak normal. Biasanya tanda tersebut dikaitkan dengan barah servik, rahim dan ovari.

5. Demam Berterusan
Demam yang tidak sembuh atau berlanjutan lebih daripada 7 hari sangat-sangat perlu diberi perhatian serius. Demam yang sukar kebah juga berkait dengan gejala barah.

6. Rasa Sakit Perut dan Perubahan Pada Usus Yang Berterusan
Jika anda mengalami sembelit, diarea, darah dalam najis, angin, najis cair, atau perubahan keseluruhan dalam tabiat usus, segeralah bertemu doktor. Hal ini adalah berkaitan barah kolon dan ginekologi.

7. Penurunan Berat Badan Yang Tidak Dirancang
Kehilangan berat sebanyak 10 paun atau lebih tanpa perlu melakukan sebarang usaha mungkin mengejutkan ketahuilah bahawa itu adalah tidak normal dan perlu dilaporkan kepada doktor anda.

8. Keabnormalan Pada Vulva Atau Vagina
Keabnormalan pada vulva atau vagina seperti luka, lepuhan, perubahan pada warna kulit dan keluarnya cairan perlu diberi perhatian. Wanita perlu memeriksa vulva dan vagina dengan kerap bagi mengesan sebarang perkara yang tidak normal.


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...