Hidung Tersumbat Boleh Diatasi Dengan 5 Cara Mudah


Semua pernah merasa selesema kan? 
Sama ada berair hidung macam air paip atau hidung tersumbat, dua-dua keadaan pun sangat mengganggu aktiviti seharian kita.

Mungkin anda boleh guna cara yang akan saya kongsikan ni

1- Minum Banyak Air
Apabila kita minum air dengan banyak ia membantu untuk badan kita mengekalkan cairan agar hidung kekal lembap untuk membantunya lebih kuat terhadap jangkitan.

2- Berada di Tempat Hangat
Jika boleh, hindari tempat berhawa dingin kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan. Hidung yang tersumbat teruk boleh menyebabkan sakit kepala.

3- Ambil Vitamin C
Konsisten dengan pengambilan vitamin C terutamanya vitamin C yang dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi.

4- Kunyah Halia
Jika anda belum cuba, jangan bimbang dengan rasanya yang pedas dan berangin kerana itulah yang akan membantu mengurangkan rasa tak selesa dek hidung tersumbat tu. Makan tiga potong atau tiga hirisan halia ketika selsema. ianya berkesan secara semulajadi untuk mengurangkan gejala hidung tersumbat.

5- Keluarkan Hingus
Jangan biarkan hingus berkumpul dan terus berada dalam hidung anda sebaliknya hembuskan secara perlahan untuk mengeluarkannya. Cuba untuk tidak menyedut kembali hingus anda.


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!! 
Rafhati Mohamad Napi 
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram) 
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com 
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey 

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...