Blog Archive

November 23, 2017

Petua Untuk Masalah Jerawat

Jerawat selalu terjadi di kalangan remaja. Lebih kurang 80% remaja lelaki dan perempuan mengalami masalah ini. Jerawat berpunca daripada hormon yang dipanggil androgen yang berfungsi meningkatkan minyak yang dihasilkan oleh kulit, menyebarkannya di dalam darah kita.





Jerawat juga menghantui wanita yang berada dalam fasa perubahan hormon yang berpunca daripada haid, pil perancang keluarga, kehamilan dan menopous awal.

Masalah jerawat juga boleh disebabkan oleh faktor genetik, sekiranya kedua-dua ibu bapa pernah mengalaminya. Walau bagaimanapun, jika adik-beradik perempuan lain tiada masalah jerawat tetapi kita sahaja yang mengalaminya, ia mungkin dipengaruhi oleh sebab lain seprti tekanan, pemakanan, pendedahan pada keadaan sekeliling atau faktor cuaca. Sesetengah jenama alat mekap, pil perancang keluarga juga boleh menjadi punca.



TANDA JERAWAT

Untuk permulaan, biasanya ia sederhana dengan beberapa bintik-bintik putih dan hitam. Keradanagn yang parah selalunya berwarna merah atau ungu.


Tindakan segera yang pelu kita ambil jika mengalami maslah jerawat adalah;

Tukar alat solek
Masalahnya pada alat-alat solek yang berasaskan minyak. Pigmen di dalam krim asas, pemerah pipi, pencuci muka atau krim bukanlah masalah utama namun minyaknya. Cuba cari dan ganti alat mekap yang tidak berasaskan minyak.

Baca label pada produk kecantikan
Jauhi produk kosmetik yang mengandungi lanolin, isopropil miristat, paraben, natrium lauril sulfat, laureth-4 dan pewarna merah D&C.

Bersihkan wajah
Pastikan cuci muka sebelum tidur. Sapu muka dengan tisu basah yang lembut dan bilas seluruh muka dengan air bersih.

Pilih penampilan yang semula jadi
Cuba kurangkan tampalan alat solek yang mengandungi bahan kimia yang kita tak pasti. Usahakan memilih produk yang menggunakan sumber semula jadi. Lebih elok jika mengamalkan petua orang dulu-dulu.

Biarkan benjolan
Kita tidak seharusnya memicit jerawat atau bintik-bintik putih di wajah. Biarkan sahaja untuk mengelakkan jangkitan kuman pada kulit. Memicit akan menyebabkan dinding pori-pori kulit pecah, membenarkan kandungannya mengalir ke atas kulit dan menyebabkan sebutir lagi jerawat baru timbul.



No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...