Blog Archive

December 8, 2016

10 Jenis Makanan Wajib Amalkan Untuk Kurangkan Kolesterol

Baru - baru ni suami atiey balik bagitahu kat ofis ada buat ujian kesihatan dan result dia ok.
Alhamdulillah.

Terfikir pulak yang Atiey tak pernah nak buat pemeriksaan kesihatan.
Dah lama niat nak buat tapi lama kelamaan hilang macam tu je.

Sampai satu masa, ada sahabat atiey kongsi cerita. Biras dia baru sahaja meninggal. Collapse dan disahkan meninggal. Punca? Asebab? Kolestrol tinggi yang  menyebabkan ia menyumbat salur darah ke jantung.

Tiba-tiba jadi risau pulak. Lagipun arwah atuk dulu pun macam tu juga. Mak pun ada kolestrol juga. Sekarang mak amalkan Vivix. Baru-baru ni doktor kata ada penurunan.

So atiey decide jumpa doktor nak check kolestrol lah. Jangan lupa puasa makan 8-9 jam sebelum tu ye.

Check pagi, petang dapat result.

Atiey punya jumlah kolestrol 4.8
Normal jgn lebih 5.2 kan..
LDL atiey yang tak cantik. Sepatutnya 2.58 tapi atiey punya 3.06.


Kiranya kerisauan atiey berasas la kan.Jadi apa atiey buat?

Atiey cuba elakkan makanan yang berlemak dan kurangkan makanan manis.

Selain tu, atiey cuba amalkan  antara 10 jenis  makanan ni.


BAWANG PUTIH
Ada kajian dilakukan yang menunjukkan jika diambil 900mg bawang putih setiap hari, ia membantu penurunan kolestrol sebanyak 9-12%.

BAWANG MERAH
Saintis di Hong Kong mendapati bawang merah boleh membuang kolestrol yang jahat dan meningkatkan kestrol baik. Caranya minum campuran jus bawang bersama madu setiap hari.

INDIAN GOOSEBERRY, AMLA @ BUAH POKOK MELAKA
Ia adalah ejen hypolopidemic semula jadi yang menurunkan kolestrol jahat. Mudah je caranya. Masukkan satu sudu serbuk dalam segelas air suam dan minum setiap pagi ketika perut kosong.

CUKA EPAL
Dengan mencampurkan satu sudu cuka dalam segelas air dan minum dua hingga tiga kali sehari. Nak campur dakam jus buah kegemaran pun boleh. Tujuannya untuk mengurangkan jumlah kolestrol level triglyceride iaitu lemak dalam darah.

JUS OREN
Bila minum jus oren yang kita tahu kaya dengan vitamin C, folate dan flavanoids, ia membantu mengurangkan kolestrol dalam darah.

OAT
Satu cawan oat bersamaan 3g serat beta glucan. Ia juga pilihan tepat untuk mengurangkan kolestrol dan mencegah penyerapan kolestrol jahat.

MINYAK IKAN
Atiey suka minyak ikan sebab ia boleh menyingkirkan lemak yang dah lama termendap kat dalam tubuh. Lagipun minyak ikan kaya dengan Omega 3.

KEKACANG
Seeloknya amalkan dalam segenggam setengah je sehari. Walnut, almond dan segala jenis kekacang ni boleh membantu mengawal kolestrol daripada berkumpul dalam badan kerana ia kaya dengan serat.

CHIA SEED
Kajian daripada Klinik Cleveland turut menyatakan bahawa Chia Seed telah sememangnya terbukti dalam meningkatkan kolestrol sihat untuk tubuhdan dalam masa yang sama dapat mengurangkan jumlah kolestrol, LDL dan juga trigliserida. Jangan lupa, chia seed juga kaya dengan Omega 3.

BLACK SEED @ HABBATUSSAUDA
Dikenali juga sebagai jintan hitam, ia boleh membantu menaikkan kadar HDL kolestrol dalam darah dan dalam masa sama menurunkan LDL.


Apa pun bagi atiey, ambillah secara bersederhana. Jangan pulun sampai terlebih sukatan keperluan.
Lagi 3 bulan atiey nak p check balik kolestrol ni. Nanti atiey cerita lagi tentang progressnya.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...